Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

Highlights copy

22 October 2013

Aku dan soal hati.

~ Assalamualaikum ~

Apa khabar guys...
Maafla lama tak update blog.
Sekarang ni assignment dah mula menimbun nimbun..erghhhh
Tapi,,alhamdulillah,,50 % hampir dah siap..

Tajuk apa ye kali ni saya nak update.??
Sebenarnya kan,,,,,,,saya nak update tantang tarikh..
Tarikh??
Apa kena mengena dengan tarikh ye??hehe
Sebenarnya kan,,tentang soal hati..
Wow,,mcm poyo je mamat ni..
hahaha....

Susah kan bila bermain dengan hati..
sangat susah..Bagaimana hendak membuang perasaan yang kita sukakan pada seseorang 
padahal dia tidak tahu kita suka pada dia.

Jika kamu memancing ikan…. 
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. 
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. 
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu. …

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu.
 Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. 
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
 cuba membandingkannya dengan yang lain. 
Terlalu mengejar kesempurnaan. 
Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Assalamualaikum


03.00
22/10/2013
SHAHMIL


















Hak Cipta Terpelihara 2013

28 September 2013

Aku dan sepohon pokok

~ Assalamualaikum ~

hello kawan semua,,,
hehe
Guys,,sementara saya ada masa ni,,,
saya nak berblogging sekejap...
tak salahkan..

Semenjak dua menjak ni,,
byk kerja nak buat...
assgment la,,presentation la,,,
n mcm2 la..
dgn bengkel photoshop lg..

so,,,apa tajuk saya kali ni ye..
hehehe
ok just go through my topic..
tajuk saya kali ni ialah sepohon kayu...
wow,,shahmil sepohon kayu ke..hehe..
jom..

aku ibarat sepohon kayu
dijaga dari kecil, dicambah hingga besar.
aku memerlukan benih yang baik
untuk tumbuh dengan baik

aku turut memerlukan air, udara dan matahari
untuk meneruskan kitaran hidupku
tanpa itu semua, maka tidak lengkaplah aku
aku kini kian membesar dan masih dalam proses membesar.

kini aku mampu ditinggalkan
tidak lagi perlu disiram setiap masa
kerana aku punyai akar yang mampu menyelami isi bumi
mencari bekalanku sendiri
hanya perlu ditatapi kadang kala sahaja
namun aku masih memerlukan sedikit perhatian

hari demi hari
kian silih berganti manusia yang mengenali aku
pelbagai ragam juga manusia yang aku kenali
ada yang cuba menyiram aku dengan air
lalu menyegarkan aku

ada yang cuba mematahkan dahanku
maka terasa sakitlah aku
ada yang cuba mencuri bungaku
maka kuranglah seriku

ada yang menggunakan aku sebagai tempat bersandar
maka bertahanlah aku untuk kesenangan orang lain

ada juga yang menatapku hanya dari jauh
maka tersipu malulah aku

walaupun aku dijadikan bukan pohon yang cantik
juga tidak digemari ramai manusia
namun hanya yang Esa sahaja tahu khasiatku
kerana semua benda dicipta di muka bumi ini
mempunyai kelebihannya sendiri

aku tidak pernah merasa sedih akan kejadianku
walaupun aku tidak semekar pohon yang lain
kerana apabila aku lihat sekelilingku
masih banyak pohon yang lebih layu dari diriku

dan aku juga tidak merasa megah akan kelebihanku
kerana apabila aku lihat sekelilingku
masih banyak pohon yang jauh lebih mekar dan
banyak kelebihannya berbanding aku

aku hanya pohon yang lemah
walaupun aku punya akar 
untuk mencari bekalanku sendiri
namun aku tetap boleh layu jika kurang khasiatnya.

siramilah aku, bajailah aku dengan baja yang baik
agar aku boleh terus segar di alam ini.

Hadiahkanlah aku seorang manusia 
yang sentiasa menemani dan menghargai
kejadianku. 

walaupun aku hanya berdiri kaku disini
namun aku berharap akan ada seseorang
yang akan mengukir namanya
di pohon ini untuk selama-lamanya




3.42 a.m
28/09/13
SHAHMIL
















Hak Cipta Terpelihara 2013

15 September 2013

Aku dan Waktu berlalu

~ Assalamualaikum ~

hello guys..
Malam ni saya ada masa untuk berblogging yg xseberapa ni...
Jangan risau,,
sbb entry kali ni pendek je..hahah
AKU DAN WAKTU BERLALU..


Aku melangkah dalam sayu
Semalam yang ku lalu
Masih melambai ku

Ku kuatkan langkah ku
Kerana di hadapan juga ada yang menunggu
Lalu aku berkata pada diri ku
Aku mahu menjadi aku
Agar tidak sesat jalan yang berliku .

Jumpa lagi





08.00 p.m
15/09/2013
shahmil


Hak Cipta Terpelihara 2013

07 September 2013

Aku dan Masa Lalu

~ Assalamualaikum ~

Hello guyssssss!!!!!!
waaa lama nya tak update blog...
Rindu dgn blog gua..
Honestly,,sampai lupa password sy..
hahaha

Btw,,u all sihat ke??
dah habis raya dah?
hehehe...
sorry kwn2 blogger...
sbb sy hilangkan diri seketika...
bukan apa,,,dah start blja ni,,,byk kerja nak buat...

Act,,,tak de apa nak post...
Saya just nak post kan ttg penulisan yg saya cipta sendiri pd 3 thun yg lepas..
hamboyyy,,,,mcm apa je kan..
But,,,for me,,its is very interesting...
tiada kena mengena yg hidup mahupun yg mati...
just flashback..

" Kalau 1 hari awak nak menangis,bagitahu saya,,
saya tak jnji nak buat awak tersenyum tp
saya blh menangis bersama awak...

Kalau 1 hari kita ada rezeki belajar bersama2,,
sy tak kan lepaskan,,
tp sy tak jnji akan bersama dgn awk..

Kalau 1 hari ada org lain cuba mencuri hati awak,,
awak terimala dgn hati terbuka...Jgn lukakan hatinya...
Saya boleh mengundur diri dan pergi dr awak..
Tp sy tak jnji utk dapatkan pengganti yg sama mcm awak...

Kalau  1 hari kita dapat bersama,,,
saya takkan sia2 kan kenangan pahit manis kita..
tp sy tak jnji nk tunaikan...

Kalau 1 hari awk mahu berjalan pergi,,,bgtau saya...
saya tak jnji utk halang awk pergi,,,
tp sy blh berjalan bersama awk..

Kalau 1 hari awk perlukan seseorg utk mendengar masalah awk,,,
bgtau saya...
saya jnji akan mendengar masalah awk...

Tapi.......

Kalau 1 hari awk perlukan saya,,,
dan saya tiada lagi di dunia ni sampai bila2,,,
doakan saya untuk selama2 nya..."


Sorry ye rakan2 blog kalau pnjg lebar sy type..
Penulisan ni jgkla sy igt smpai skrg dan akan smpai bila2...

bukan jiwang tau..cuma rintihan dr seorang lelaki..

rasanya ni je kot utk kali ni...klu ada masa,,sy post lg ok..
See u again


1.30 a.m
07/09/13
SHAHMIL.



Hak Cipta Terpelihara 2013

26 July 2013

Bersangka buruk????


~ Assalamualaikum ~


Ku mulakan bicara sepi ini dengan lafaz Bismillahirahmanirahim.
Semoga senantiasa dibawah lembayung rahmat dariNya.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi 
kerna masih memberi ruang untuk
 jari ini menari ke atas papan kekunci komputer ..


apa yang saya nak kongsi di sini adalah tentang sangkaan buruk..
lebih dalam konteks sesama manusia..
pernah tak kita bersangka buruk dekat org lain??
jujur saya katakan yang saya juga tdk terlepas dari
 bersngka buruk dan saya percaya hamba biasa macam kita ni tdk terlepas dr bersangka buruk..
paling kurang pun terlintas di fikiran kita..

tapi..
sedar tak kita bahawa sangkaan buruk ini sebenarnya lahir dari hati yang kotor??
jadi..
kalau sekali terlintas di fikiran kita sangkaan buruk terhadap orang lain, 
cepat2lah kita padamkannya dan beristigfar..gantikannya dgn bersangka baik..
 insyaallah hati kita akan lebih tenang..

kadang-kadang saya terfikir..kenapa kita nak bersangka buruk??
 sedangkan ia akan buat hati kita tak tenteram, marah..apapun dgn bersangka baik akan membuat hati kita tenang..

dalam bersahabat bersangka baik 
adalah perkara yg paling penting kerana serendah-rendah 
tahap ukhuwah itu adalah bersangka baik..
jadi.. 
cuba kita nilai ukhuwah kita sesama sahabat kita..kalau betul ukhuwah yg dijalinkan kerana Allah,
 tak sepatutnya ada sangkaan buruk walaupun sedikit..pernah tak kita rasa kawan kita sedang bersangka buruk terhadap kita??
tapi..
sedar tak kita yang sebenarnya kita pun tengah bersangka buruk terhadap dia??


Baik sangka dan buruk sangka ini juga bukan dengan kita sesama manusia juga.
Ia juga dengan Allah swt!
saya melihat dan mendengar,pabila seseorang ditimpa ujian,terkadang dia berburuk sangka dengan Tuhannya.
Sedangkan dia tidak tahu ada hikmah yang Allah sembunyikan.

Janganlah ditanya apa hikmahnya.Berbaik sangka dan senyumlah.Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

walaupun apa yg saya tulis ini tdk seberapa..sy harap semoga perkongsian ini menjadi pengajaran buat kita semua.
.insyaAllah..



11.00 p.m
26/07/2013


~ Assalamualaikum ~














Hak Cipta Terpelihara 2013

19 July 2013

Benci

~ Assalamualaikum ~

hmmm...
hari demi hari,,,fikiranku melayang2..
bagaikan layang2 yg sedang tinggi di awan apabila ditiup angin..
Namu,,,apakan dayaku untuk terus bertahan?
adakah untuk selama lamanya?

Benci...
Itulah perkataan yg takut pada semua orang...
hanya perkataan benci,,,
pelbagai tafsiran boleh diungkapkan..

Saat aku benci kamu,,
tutupkan lampu
Biarkan aku tidak melihatmu
ketika terang,,,
Tetapi nyalakan dalam hati...
sebab aku sepi
Andai tidak ku lihat
akan tulusnya wajahmu...

Saat aku benci kamu,,,
bicaralah denganku
walaupun tanpa kata kata
Hanya dengan rasa....
kerana itulah
Keindahan suaramu 
yang selama ini meracuni perasaanku..

Sabarlah shahmil..
perkara sedemikian sengaja berlaku dlm hidupku
agar tidak menyesal di hari kemudian kelak..
Mungkin ini satu ujian dariNya...

Saat aku benci kamu lagi
Usah pergi...Tetapi duduklah dihadapanku
walaupun ia lebih sedih
Untukku
Kerana hati lebih pedih lagi andai tiada hadirmu disisiku..

Saat aku benci kamu
Hilangkanlah rasa bencimu padaku...
Sebab ketika saat aku benci kamu,,,
rupa rupanya aku menjadi lebih menyayangimu..


11.30 p.m
19/07/2013

~ Asalamualaikum ~




Hak Cipta Terpelihara 2013

18 July 2013

Seandainya...

~ Assalamualaikum ~

Hello warga blogger...
saya xde intro panjang lebar...
sebab,,,,2 3 hari ni hatiku agak tidak tenteram..
Semakin dekat tarikh untuk ku melanjutkan pelajaran,,
semakin tidak tentu arah..

Tapi apakan daya,,untuk masa hadapanku,,
jadi perlu bersikap matang dan berpikiran terbuka..

Andainya
satu hari nanti adalah hari terakhir umurku...
Aku ingin memohon maaf di atas segala salah dan silapku
terhadapmu...

Seandainya
kau mendengar berita pemergianku...
bisikkanlah dalam doa yg kau telah memaafkanku...

Seandainya
kau telah memaafkanku...
ketahuilah engkau,,aku telah terdahulu
memaafkanmu...

Seandainya
Aku telah mengambil hak kau yg aku ambil,,
maafkanku dan halalkanlah..

Seteruk teruk penyesalan ialah penyesalan di akhirat...
Seteruk teruk permintaan ialah meminta umur di 
panjangkan walaupun nyawa sedang menemui ajal....



1.00 a.m
18/07/2013

~ Assalamualaikum ~

Hak Cipta Terpelihara 2013

14 July 2013

JawapanKu..

~ Asssalamualaikum ~

Alhamdulillah...
sekejap je masuk hari puasa ke lima kan..
Rasa macam takda apa2...
itulah aura di bulan ramadhan kan..

So,,ade masa untuk menaip blogger,,online ni,,
so nak luangkan masa sekejap...hehe
Agak2 apa tajuk saya kali ni??
hahaha
tajuknya ialah 
JAWAPANKU..

Merka tanyakan tentang rindu padaku,,,
aku menjawab tentang luka...

Mereka tanyakan tentang bahagia,,,
aku menjawab tentang derita...

Mereka tunggukan khabar gembira,,
aku lengahkan dengan jawapan duka..

Lalu mereka senyap terus tergendala..
Aku pula diam rasa lega..

Mungkin mereka sendiri akan faham akan jawapan dariku..

See..
jawapan aku senang je kan..xperlu explain panjang lebar..
hanya sekadar berfikir sahaja apa yg ku jawabkan...

Bukan sombong atau apa,,
cuma nak awak semua tahu setiap soalan yg awak tnyekan pd saya,,
semua dah ada jawapan...

CUMA
pengalaman hidup kamu membuatkan kamu lebih tabah untuk 
harungi kehidupan akan datang..





11.00 p.m
14/07/2013

~ SHAHMIL ~










Hak Cipta Terpelihara 2013

10 July 2013

Aku dan Muhasabah Diri

~ Assalamualaikum ~

Hello warga blogger ku kasihi...
sebelum tu,,,
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM..
jangan lupa puasa ok..

Sempena bulan ramadhan ini,,
saya ingin menaip sesuatu yg terlintas di fikiran saya...
Saya secara jujurnya,,suka muhasabah diri saya sndiri..
Memang sifat sy mcm tu agaknya...

apepun,,saya berharap,,suatu luahan saya atau cebisan sy ni,,
dpt menenangkan seluruh jiwa saya..

Pernahkah kita fikirkan berapa banyak nikmat kurniaan ALLAH
 yang luput dari rasa syukur kita termasuk waktu yang berlalu dengan begitu saja tanpa kita lalui dengan penuh makna dan ikhtiar untuk lebih dekat denganNYA

Bila merasa tak memiliki apa-apa 
maka fiikirkanlah lagi betapa kita masih kaya raya, 
diberi nikmat akal dan kesihatan dengan percuma atas izinNYA jua. .. fikirkan berharganya waktu yang diberikan ALLAHswt bagi kita untuk memperbaiki diri dan menghabiskannya dengan orang-orang yang kita kasihi tanpa rungutan. 
Tiada kesempurnaan dalam kehidupan, sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik ALLAH.

Berhentilah sejenak untuk kita merenung masa kita yang tertinggal dan berbaki,
 hutang kita pada ILAHI.
 Syukurlah pada ALLAH atas kehidupan yang kita lalui ini dan 
INGATlah jua akan kematian yang semakin menghampiri kita. 
Belajarlah untuk senantiasa bersyukur atas segala ketetapan-NYA ... 
itulah salah satu jalan menuju redha ILAHI.


Jadi,,
ini sahaja luahan saya yg ingin sy sampaikan..
Harap,,rakan yg lain sudi membaca..
SELAMAT BERPUASA..

12.37 a.m
10/07/2013
























Hak Cipta Terpelihara 2013

30 June 2013

Aku Dan Ada Ketikanya...

~ Assalamualaikum ~

hello guys..
hope u all sihat2 ok..
macam mana persiapan nak menyambut bulan ramadhan ni??
mesti dah ada yg dah xsabar kan..
Kepada lelaki muslim,,jgn lupa puasa ok..

Opppsss..
sebelum tu saya nak cerita tentang apa ni??
hehehe..
btw,,nak cerita tentang ADA KETIKANYA..
kenapa pulak ni shahmil...
asyik tajuk ala2 sedih je..

hehehe..
sedih sikit je..
tp kena kuatkan semangat ok..
shahmillll...
awak boleh..

...........



Ada ketikanya insan yang kita sayang
Membuatkan kita dalam keadaan teruji
Ada ketikanya insan yang kita sayang
Membuatkan kita terkeliru

Ada ketikanya insan yang kita sayang
Selalu membuatkan kita terluka.
Ada ketikanya insan yang kita sayang
Semakin membuatkan kita terkilan

Ada ketikanya insan yang kita sayang
Membuat rasa sabar kita kian menipis
Ada ketikanya insan yang kita sayang
Mengguris hati kita hingga menitis airmata

Ada ketikanya insan yang kita sayang
kadang buat sayang kita makin hilang
Namun kita tetap menyayangi dia..???
Benar bukan?
.....kerana APA??
Kerana kita terima dia seadanya..

alangkah indahnya andai dia mengerti perasaan kita.. ♥♥♥

Namun,,segala ketentuanya telah ditetapkan oleh ALLAH..



12.30 a.m
30/06/2013


Hak Cipta Terpelihara 2013