Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

Highlights copy

07 December 2014

Aku dan 7 Disember

~ Assalamualaikum ~

7 Disember 2014.
........
........
Hujan di malam hari seolah2 memahami isi hatiku.
Hujan yg menyapa mata ku yg tidak aku tahan lagi.
apakah aku terus begini?

Kedamaian yang ku cari...Masih belum terbukti
Jauh lagi perjalanan ini
Jiwa tak pernah tenteram
Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam

Berlumutlah ukiran impian
Entah berapa lama
Harus ku nanti
Sinar kasih sayang menyinari kembali

Dengan nada lagu dan irama
Ku luahkan jua rasa kecewa
Semoga kau dapat mendengarnya
Semoga terbuka pintu cintamu
Yang pasti hujan tak berterusan
Matahari kan tetap terus bersinar......

Kini terbukti apa yang di nanti
Dengan rela ku lepas kau pergi
Telah sedekad kenangan terpahat..

SELAMAT MALAM.
zzzzz


7/12/2014
0851 p.m
SHAHMIL











Hak Cipta Terpelihara 2013

04 December 2014

Aku dan Tersenyum

~ Assalamualaikum ~

hye semua..
harap sihat guys..
Lama xupdate blog ni..
Maaf sibuk sebab dalam mood exam..
hehehe

Macam biasa,,,
kali ni entry sy mengenai apa..
hahaha...
jom..

Kucuba untuk bertahan..
Tanpa kata demi menutupi jerit suara hatiku..
Lelah hati ini menanti..

 Aku masih mampu tersenyum manis..
Demi menutupi rasa kecewa karnamu..
Demi menutupi air mata yang jatuh membatin..
Sementara kau tertawa lepas dengan semua ini..

 Aku masih saja merindukanmu..
Padahal kau sudah berkali-kali menyakiti hatiku..
Walau selalu luka yang kudapat..
Dalam pedih hati yang ku pendam..
Rasa ini masih berharap besar padamu..
Suara hatiku selalu memanggilmu setiap harinya..
Pernahkah kau merasakan apa yang kurasakan..?
Sadarkah kau besarnya rasa yang kuberikan..?

Sepi ini sendiri ku tahan..
Menyadari diriku yang terlupakan..
Kau malah menghilang saat ku terluka..
Menghilangkanku tak berperasaan..
Dan diriku terdiam dalam angan..

Hargai diriku....


09.10 a.m
4/12/2014
SHAHMIL




Hak Cipta Terpelihara 2013

27 October 2014

Aku dan Pasrah...

~ Assalamualaikum ~

Tergaja dari tidur,,
terus capai laptop di atas meja..
Hati ingin membuat sesuatu tetapi apakan daya
disaluti dengan kepenatan yg melanda diriku seharian
dengan aktiviti di kampus.

Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi...Yang melanda sepi
Alam bisu...Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori..Ingin ku melangkah

Membawa diri..Kerna cinta..Yang dikhianati
Luka rasa untuk menghadapi
Pengorbanan tidak dihargai..

Kini aku… 
Pasrah
Dengan segalanya..Kepedihan itu
Masih terasa..Apakah salahku..Apakah dosaku
Tuhan berilahku petunjukmu
Redha dengan kehendakmu

Cukup kali ini
Kau menyakiti..Berulangkali
Tak usahlah kembali....Dengan rela hati
Melepas kau pergi



Hanya sebuah illusi..

11.40 p.m
26/10/2014
Shahmil




Hak Cipta Terpelihara 2013

24 October 2014

Aku dan Ingin Tahu....

~ Assalamualaikum ~

........
Tiada ungkapan yg boleh ku ungkapkan
melainkan hanya bersabar dan terus bersabar.
Hanya kekuatan kesabaran sahaja boleh ku pertaruhkan
dalam diri ini agar boleh terus hadapi segala dugaan dan cabaran.

Tidak Sukar Untuk Ku Membaca Hati Mu
Bila Mata Lebih Lantang Bersuara
Apa Kupercaya Dedaun Mekar Di Pepohon
Rupanya Gugur Di Musim Luruh
Dalam Diam Cinta Kau Merubah Hati
Dalam Diam Persimpangan Menanti
Bila BerdamPingan Jalinan Mesra Tiada Lagi
Tiada Sinar Kasih Menyinari....
Mungkin Diri Mu Dah ada Pengganti
Yang Melukis Senyuman Hati Mu Dah Dicuri
Mungkin Juga Diriku Sudah MenyusahKan Tidak Sempurna Lagi
Apakah itu di  Hati?

Demi Kasih Kita Katakan Sayang
Hanya Awan Mendung Yang Kan Menanti Kita
Tak Guna Berpura Jika Hati Tawar
Demi Kasih Kita Ikhlas kePadaku
Masih Kah Punya Ruang di Sudut Hati Mu
Atau Dah Tertutup Pintu Di Hati Mu
Katakan Ku Ingin Tahu 
Kearna Masih Sayang Kan Mu
Dah Ku Faham Bibir Enggan Berbicara
Mungkin Tak Sanggup Lihat Ku Kecewa
Setelah Sekian Lama Impian Di Bina Bersama
Namun Takdir Punya KisaH Berbeza
Tak Ku Bayang Pedih Rasa Di Hati
Tak Pernah Ku Alami Tak Boleh Di Ubati
Tanpa Mu Di Sisiku bagi hilang punca
Ku Hilang Segalanya Hanya Kau Saja Ku Cinta..


Hanya sebuah nukilan...

8.37 p.m
24/10/2014
Shahmil




Hak Cipta Terpelihara 2013

18 October 2014

Aku dan Hiba Meniti Hari

~ Assalamualaikum ~

Hello semua...buat apa tu??
Harap rakan semua dlm keadaan sihat dan sejahtera..
Semenjak kebelakangan ni,,,
aku mendapat perkara buruk yg menimpa hidup aku...

Betul org cakap,,
Allah itu maha adil..maha mengetahui hambaNya..
everything Allah tahu apa kita buat di muka bumi ini..
Hiba meniti hari...

Tah Apa Silapnya
Tah Dimana Salahnya..Aku Tak Tahu..
Hiba Dikatakan..Dituduh Begitu
Tak Disangka Sangka

Begitu Rendahnya
Aku Dimatanya
Tapi Semua Ku Telan
Walaupun Begitu Pahit

Apa Salahku..
Apa Dosaku..
Tapi....
Tahlah.....
Semua Aku TerimaDengan Lapang Dada..
Tabahknlah Hati Aku
Kuatkanlah Semangatku....

Kini,,semua sudah terbukti..
Tapi masih boleh tersenyum..
Walaupun pahit ku telan semua ni...

Shahmil
11.24 p.m
17/10/2014








Hak Cipta Terpelihara 2013

10 October 2014

Aku..........


~ Assalamualaikum ~

Yehaaa,,,
bertemu kembali kita semua..
Maaf semua..
Sem ni perghhhhh
sangat taf sperti taf bdn ku..
hahaha

Harini ada masa sdikit,jd izinkan sy memenuhi ruangan post blog anda..
Hmmm mcm biasala,,,,tiada yg lain melainkan kata2 ku ini..
hahah..harini my mood ada jiwang skit...
cewahh..

Dalam mencipta kenangan cinta, aku teringatkan titik permulaan aku mengenali diri mu. Beginilah cinta, mewarnai kehidupan kita semenjak kecil sehinggalah kita dewasa. Aku sering mengharapkan agar kau kekasih ku menoktahkan kebimbangan diri ini dalam percintaan. Mari kita buktikan pada dunia bahawa cinta kita ini suci dan abadi. Aku pegang erat janji mu, kita menuju gerbang cinta sejati. Jangan biarkan cinta ini karam di lautan sepi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada mereka yang menjadikan cinta kita sebagai bahan perjudian. Mereka semua tidak berhak menilai percintaan kita, kerana rasa kasih dan sayang yang kita kongsi bersama ini hanyalah kita yang mampu memahaminya.

Engkau umpama sekuntum mawar,  cantik menawan dengan haruman lalu datang sang kumbang menyapa, memberi kasih menitip sayang lalu bermulalah suatu episod cinta agung antara berdua.
Cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu. Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba. Jika kita ingin merasai kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga.
aku bukanla sempurna dimatamu....tetapi percaya la,,Suatu hari nanti aku pasti engkau akan tahu kenapa engkau mencintaiku dan suatu hari nanti aku pasti engkau akan menyesal kenapa engkau tinggalkan aku suatu ketika dahulu.
Hanya sebuah nukilan..

6.15 p.m
10/10/2014
Shahmil





Hak Cipta Terpelihara 2013

05 August 2014

Aku dan Diam

~ Assalamualaikum ~

Tanpa membuang masa,
sy perlu berdiam diri tanpa sepatah kata.
Mungkin lebih baik apa yg sy perlu sampaikan.

Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan.

Tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya.
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya.
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya.
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya.

Kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir.
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka.
DIAM kita mungkin disilap diterjemah.
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud.

Jesteru..

Jika kita merasakan DIAM itu terbaik.
Seharusnya kita DIAM.
Namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak.
Berkatalah sehingga mereka DIAM...



09.56 p.m
5/8/2014
shahmil










Hak Cipta Terpelihara 2013

02 August 2014

Aku dan Penantian

~ Assalamualaikum ~

Apa khabar semua.
Hope harini ok semuanya..
Kali ni sy nk post ttg apa plk..
Kali ni biasa2 je..
Pendek je entry sy kali ni...
hmmm

Kerinduan ini tak pernah hilang untukmu
di saat kau tak di sampingku
kau akan merasakan rindu yang ku kirim untukmu
saat itulah ada rasa rindu
rindu yang makin hari makin mendalam
bersatu dalam jiwaku
jiwa yang lama menanti saat bahagia
bahagia tuk hidup bersamamu.....



11.16 p.m
02.08.2014
Shahmil










Hak Cipta Terpelihara 2013

Aku dan Surat Kepada-Nya

~ Assalamualaikum ~

Apa khabar semua?
Hope semua ok.
Mintak maaf sebab lama xupdate entry.
Bulan puasa yg penuh dugaan utk tahun ni.
Diselang dgn bulan raya yg agak biasa pd tahun ni.

Harap awk semua sudi membaca entry ini.
AKU DAN SURAT KEPADA NYA.

Jika hari ini hari terakhir aku,
Aku ingin kata pada diri aku sendiri yang aku orang yang tabah. Aku telah menjalani segala liku-liku kehidupan aku yang manis dan juga yang pahit. Yang menjatuhkan aku, yang membuat aku merangkak kesedihan dan penuh hiba. Tetapi, aku mampu bangun. Aku ingin kata pada diri aku sendiri, meskipun perjalanan aku hanya takat di sini, aku telah mengharungi segalanya, walaupun terlalu perit untuk diperkatakan bagaimana. Pedih sendiri, rasa sendiri.

Aku ingin kata pada diri aku sendiri. Yang aku tahu, aku bukan baik orangnya. Aku bukan manusia yang sempurna, aku bukan manusia yang baik dalam hatinya, mungkin. Aku bukan manusia yang mampu menarik segala duka manusia lain. Aku bukan manusia yang baik sifatnya, dan aku bukan manusia yang bebas dari kesalahan. Aku belajar. Hari demi hari, aku belajar untuk hidup. Aku belajar untuk menjadi manusia yang berguna, dan didik diri aku menjadi yang terbaik.

Sy nak engkau tahu. Yang sy tak pernah henti mendoakan kamu. Sy sentiasa ingat kamu dalam doa-doa ku. Ini ketentuan takdir, sy redha dengan semua yang terjadi. Sy taktahu awak dimana sekarang, apa yang awk sedang lakukan. Tetapi apa yang sy mampu, hanyalah mendoakan kebahagiaan kamu. Walaupun kebahagiaan itu, bukan dengan sy. Bila awk gembira,sy akan gembira. Mungkin. Kegembiraan dan kebahagiaan kamu itu, kepentingan sy. Awak tahu ?

Aku mahu kawan perjuangan aku tahu, yang selama ini aku hanya berperwatakan sampingan. Sebanyak mana awk semua berdamping dengan sy semasa kamu dalam kesusahan, jika sy telah hilang dari pandangan tidak semestinya semuanya terus kabur dan hilang arah tujuan. Kamu tahu, kamu kuat. Kamu harus percaya, yang kamu kuat. Kamu kena percaya yang kamu kuat, sebab bila kamu percaya yang kamu kuat, kamu akan terus bangkit dengan kepercayaan kamu. Bangkitlah, bangunlah dari segala kejatuhan duniawi kamu. Dunia ini memang nampaknya tidak indah, lepas satu satu kau diuji. Tapi tidak mengapa, kamu harus berdiri. Kamu harus kembali berdiri.

                                                                   Jika hari ini hari terakhir aku,
Sy mahu awk simpan segala yang ada dalam blog 'Surat Kepada-Nya' ini. Mungkin ianya tidak seberapa. Tapi bila awk rindukan kata kata sy, dan dongeng dongeng impian sy,bukalah ini semua. Segalanya tercatat, yang tersurat dan juga tersirat. Setiap inci pesanaan ku, yang setiap ayat penaipan ku, penuh dengan maksud yang tersirat. Kerana setiapnya, terlakar dari hati ku. Hati aku, yang mahu aku lepaskan, luahkan. Tulisan aku, adalah tulisan yang aku cuba untuk menjadi jujur keseluruhannya. Biarpun dihentak, dikata lemah, masih ada lagi yang berdiri dengan aku. Aku takkan kata aku bangga dapat tolong orang, dapat faham orang. Itu terpulang pada diri masing masing. Hanya, mungkin aku bangga, untuk ada orang yang bangga akan kewujudan seorang aku.

Bagi yang masih belum mengenal diriku sebaik mungkin, aku pohon kemaafan. Bagi yang terasa aku manusia yang sombong, aku minta maaf. Bagi yang terasa aku ini menyakitkan, aku minta maaf. Bagi yang terasa aku tiada masa untuk kamu, aku minta maaf. Bagi yang terasa dengan kata kata dan gurauan aku, aku minta maaf. Bagi yang terasa dengan perbuatan aku, aku minta maaf. Bagi yang telah menyakiti aku, aku maafkan kamu semua. Sy anggap sebagai pengajaran duniawi untuk aku. Bagi yang maafkan segala salah silap sy mahupun besar ataupun kecil, terima kasih. Aku tahu, aku memang tak akan lepas dari melakukan kesilapan.

                                                                  Jika hari ini hari terkahir aku,
Halalkan makan minum aku sepanjang aku berada dengan kamu. Maafkan setiap kesalahan aku. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Jutaan terima kasih untuk kamu kerana sentiasa ada dengan aku dikala aku susah, dan dikala aku sakit merana menahan perit kesakitan yang aku telah terima sebagai penyakit hidup aku. Tetapi tidak mengapa, aku masih lagi berdiri di sini kan. Aku masih hidup. Mungkin. Tapi,jika inilah hari terakhir aku sebelum aku tidur selamanya, aku berterima kasih atas segala pengorbanan kamu. Bagi kesayangan kesayangan aku, berdiri lah kamu. Berbahagia lah kamu. Dengan ikhlas, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu. Dan aku berharap, kamu doakan kebahagiaan aku juga. Kerana selagi aku masih lagi berdiri di sini, aku tetap akan mencuba walaupun banyak yang menghentak aku. Aku kuat, kamu tahu kan ? Sebab apa ? Sebab aku percaya pada diri aku sendiri. Itu yang ayah aku ajar. That's why I keep fighting to live, that's why I never give up.


                                       .............JIKA HARINI HARI TERAKHIRKU...........





02/08/2014
1.00 A.M
Shahmil



























Hak Cipta Terpelihara 2013

16 July 2014

Aku Dan Kasih

~ Assalamualaikum ~

hello everyone..
mcm mana awk semua puasa kali ni
ada yg tinggal tak bg yg lelaki..
hmmm

Kali ni sy nak post entry mengenai apa yee
hmmm
agak sedihla sy nk cerita kali ni
hope sudila baca ok..

Kau mesra dan manja .Bahgia selalu bersama 
Tiada apa menghalang 
Kemesraan kita bersama.Cinta makin membara 

Hanyut di lautan gelora namun apa nak dikata 
Tuhan lebih berkuasa hingga tak ku menduga.takdir telah menentukan 

Kasih tidak berpanjangan 
Kau pergi tinggalkan ku 
Sendirian sepi
Tuhan lebih menyayangimu ..dia lebih mengerti 
Apakah erti ini 
Ku redha pemergianmu Kasih

Airmataku bagaikan 
Sungai biru yang mengalir ...mengiringi pergimu oh ! Kasih 
Doa menjadi tuturku 
Pinta keamanan untukmu...

09.52
16/7/2014
shahmil








Hak Cipta Terpelihara 2013

14 July 2014

Aku dan Sahabat

~ Assalamualaikum ~

harini cukup seminggu ku merasakan keperitan 
yg digelar sebagai sahabat.
keperitan yg sangat tidak dpt diungkapkan dgn kata2 
tetapi aku dpt mengungkapkan dlm bntuk air mata.

Apa ertinya sahabat jika tiada persefahaman.
apa ertinya sahabat jika tiada bertolak ansur
apa ertinya sahabat jika selama ini penuh lakonan.
Kini semuanya telah terungkap..

sahabat...
masihkah kau ingat.permulaan perhubungan ini
terbinanya tanpa coretan kats pada helaian warkah
bukan pada titik pertermuan
akan tetapi

kemuliaan kalimah salam kuutuskan
sejarah kehidupan jadi perantaraan
tersimpan diruang memori
bukti laluan persahabatan
terjalin dalam simpulan persahabatan

sahabat.....
kini..kumasih berjalan dipentas hakiki persahabatan ini
merentasi detik-detik tiba
kadang..
membawaku ke lorong lamunan pabila jiwaku disinggah kesepian
menemani bersendirian

sahabat......
andai wadah persahabatan ini kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan salam kemaafan kuluahkan

sahabat.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian.

Terima Kasih Sahabat.

09.21 p.m
14/7/2014
shahmil


Hak Cipta Terpelihara 2013

10 July 2014

Aku dan Seorang Teman

~ Assalamualaikum ~

hye guys...
btw selamat menjalani ibadah puasa g ke 12..
sekejap je rasanya kan..hehehe....

Guys..
Kali ni sy nak luahkan pulak apa itu Teman....
Sorry la,,,
semenjak dua menjak ni sentimental di fikiran terlalu kuat
smpai sy tidak dpt menahan kesakita,perih di hati.
hanya blogger sahaja sy dpt luahkan sbb ia peneman setia sy.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.
Sahabat yg baik adlh sahabat yg seiring denganku menjaga nama
baikku semasa aku masih hidup mahupun selepas mati.

Aku menyanyagimu sebagai seorang teman..kawan..dan sahabat.
Dirimu sentiasa ada dihatiku..pernah ku katakan barang sesiapa sahaja yang berjaya mengisi ruang hidupku..tidak kiralah dari apa cara sekalipun..akan ku anggap dia teman ku..

untuk kau wahai temanku..
kau berada seiringan dengan teman-temanku yang lain..yang amat aku hargai dan kasihi..sesungguhnya betapa kau tahu aku amat menyayangi mereka..tidakku sanggup menimbulkan walau segaris luka dihati mereka..termasuk kau temanku

Namun...
kau masih menjadi misteri.. izinkan aku mengenalimu, kerana aku tidak tahu siapa engkau sebenarnya..izinkan aku membantumu waktu dukamu, paling tidak aku akan berusaha menenteramkanmu..

Berikan aku sepenuh kepercayaan mu..kerana engkau tahu aku amat mempercayaimu.. engkau pernah bertanya..bagaimana caranya untuk mendapat sahabat sejati.. inilah caranya..rendahkan egomu..senangi dirimu..yakinlah dengan kejujuran insan disekelilingmu..

pasti kau akan menemui sesuatu pertalian yang amat indah..pertalian yang hanya bersandarkan kepada kejujuran dan kesetiaan..serta kasih sayang mendalam dari seorang teman…. kerana kau perlu tahu.. tiada yang lebih bermakna bagi seorang sahabat.. melainkan hanya menginginkan yang terbaik untuk sahabatnya itu..

tiada dendam..tiada luka…

Saya harap ini adalah pesanan sy buat seorang teman,,,
agar awk berjaya menenmui seorang sahabat....



10/7/2014
3.15 p.m
Shahmil








Hak Cipta Terpelihara 2013

07 July 2014

Aku dan Persahabatan

~ Assalamualaikum ~

hello rakan2 semua.
terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sebab lama tak update blogger yg tak seberapa ni.
kepada group blogger fb,,,saya dgn ini akan mengaktifkan balik blogger saya setelah sekian lama saya tinggalkan.

5 bulan...
5 bulan sy tinggalkn awk semua
5 bulan juga sy mengalami suka duka
5 buln juga sy mengenal apa itu kawan,apa itu musuh,apa iti kwn yg tikam belakang.
5 bulan juga sy memendam perasaan ini.

sy tiada tempat untuk sy luahkan melainkan 
family,kwn serumah dan juga tman hdup sy.
terima kasih kepada manusia tersebut kerana sentiasa ada bersama sy

Persahabatan..
janganlah kita memandang rendah kpd erti persahabatan kerana dlm hidup ini kita 
tidak mampu melangkah dalam seorang diri tanpa sahabat.Org yg suka mengkhianati teman sndiri.
Teman yg banyak boleh sy ibaratkan spt pasir pasir di tepi pantai
tetapi teman yg satu adlh mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air didaun keladi walau tercurah tetapi tak berkesan..tetapi sahabat sejati 
bagai air yg lalu walau dicincang ia mungkin  takkan putus/itula yg dinamakan sahabat 
sejati.

Bersahabatlah dgn hatimu terlebih dahulu 
sebelum bersahabat dgn orang lain.
Musuhmu adlh sahabatmu yg akrab.
Dua sahabat sejati akan selari dlm apa jua bidang yg kita ceburi dan 
saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar untuk menjalin persahabatan kerana ia adlh
pertautan hati dan bukannya pertautan fikiran.Lebih lebih lg 
bukan hbungan kebendaan semata.

Bertemanla dgn org yg suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah.

Seorang sahabat adlh yg dpt mendengarkan lagu didalam hati kita
dan akan  menyanyikan kembali walaupun awk lupa melodi yg sering sy nyanyikan 
lagu tersebut.

Sahabat adlh anugerah Tuhan utk menjaga kita.
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan.
tapi jgn rasa menyesal utk bertemu dgn org lain
tetapi
menyesal lah jika org itu menyesal bertemu dgn sy......

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahn.,,
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dpt melihat kebaikannya 
dan
menyenangkan kamu kalau dpt melihat keunikannya.

Tetapi semua manusia itu akan buruk
dan
membosankan kalau kamu tidak dpt melihat keduanya.

Sahabat...
dengarlah rintihan sy ni.
jika kamu dengar rintihan sy,,sy percaya,awk dpt merasainya..





7/7/2014

9.45 p.m
shahmil























Hak Cipta Terpelihara 2013