Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

Highlights copy

30 September 2012

Aku dan Sentimental



~ Assalamualaikum ~


"Yesterday",,, "I have a dream"......segala "kenangan terindah",, telah terukir "di antara kita"....tetapi kenangan " yg terindah hanya sementara"...15 Sep 2012,,"kali terakhir kulihat wajahmu",,telah mengubati perasaan rindu aku terhadap kau yg selama ini perasaan tersebut di "penghujung rindu"..."Tragedi Oktober",, 2011 telah mengingatkan aku bahawa pd ketika itu berlumba2 belajar di rumah dan juga dalam kelas dan sekali gus telah membuat aku lagi bersemangat untuk menghadapi peperiksaan STPM yg berlangsung 21 Nov...Sebanyak mana "gerimis mengundang",,,aku akan anggap ko macam adik aku sendiri...Bukan sekejap denganmu...bukan mainan hasratku..engkau pun tahu niatku..tulus dan suci..."Matahariku",,telah membuatkan "bunga" yg kau suka menjadi mekar...Aku berharap,,"tiada lagi tangisan",,dan "Ku relakan dikau pergi",,untuk "Memburu impian" yg kau impikan selama ini...Aku terpaksa "berhenti berharap" untuk melanjutkan pelajaran ke universiti...Aku terpaksa "Pendam" perasaan tanpa diketahui org lain..Biarkan segala "Kisah dongeng" pergi berlalu sahaja dan jangan sesekali dikenang kerana ia membuatkan hati kita seperti "dipenjara janji"..."Ukiran jiwa" tidap dapat dilihat tetapi "kebahagiaan dalam perpisahan" dapat dirasai dan bertambah pedih apabila "Rendang tak berbuah"...Akhir sekali,,,aku berharap kau dapat menjadi "teman sejati" dan juga "kau sahabat kau teman" sehingga aku "Sampai menutup mata"....

"You're my everything"...

Mood----Sentimental
30/9/2012
9.30 p.m

Hak Cipta Terpelihara 2013

Ketelitian Seorang Wanita

~ Assalamualaikum ~

Post kali ni xnak cerita panjang2...
Baca dan fikir sendiri...
hmmm...

Anda lelaki? Ada wanita di sebelah anda tak? Atau anda yang sedang membaca entri ini adalah seorang wanita. Mari baca, adakah benar tak kata-kata ini mengenai wanita? 

Telitinya wanita sehingga wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama. Lelaki sekadar perlu dengan apa yang dimatlamatkan, tidak lebih dan tidak kurang.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka, lebih besar daripada lelaki ... kan kan? Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.

Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala basahan (kotex)... dan macam-macam lagi.

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita?Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. 

Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Sila renung renungkan..
hehehe

Santai Petang....

5.30 p.m
30/09.2012

Hak Cipta Terpelihara 2013

26 September 2012

Bercinta Untuk Memperbaiki Diri



~ Assalamualaikum ~

ting tong...
jam menunjukkan pukul 11.00 malam..
tidur lahh wahai shahmil...
xpenat ke...
hahah

Sebelum tidur,,,
nk post entry dulu..
kalau tak,,,,xblh tidur..
cewahh...geli dengarnya..

Kali ni gua nk post ttg apa??
jom jd melodi...
terjah menerjah...

ok murid2..
harini ckg nk terangkan tajuk
"""Bercintalah Untuk Memperbaiki Diri"""
haahha..
merapu2 je...



Ada manusia sanggup berbuat apa sahaja untuk menangi cinta. Malah, ada perkara yang dilakukan seolah tidak masuk akal dan melanggar hukum. Itulah penangan cinta, cinta boleh merubah diri seseorang dari yang kurang baik kepada lebih baik. Dan boleh juga menjadikan manusia yang waras jadi tidak waras.

Oleh kerana kekuatan yang ada pada cinta, maka jadikan medium itu untuk perbaiki diri.

Cinta merupakan satu ekspresi kasih dan sayang. Cinta boleh lahir dari macam2 cara. Ada cara nakal, ada cara kebetulan, ada cara yang memang dicari dan diminta. Dan pengakhiran satu cinta juga berpelbagaian.
Kenapa perlu bercinta? Kenapa perlu sebelum berkahwin... kenapa tidak selepas berkahwin? Memang ada cinta lahir selepas berkahwin, tetapi ia jarang berlaku dan jarang ingin dilakukan. Yang banyak ada ialah cinta untuk berkahwin. Mereka bercinta supaya dan ingin mengenali hati budi, mengenali diri pasangan masing-masing ... agar nanti kebahagiaan selepas berkahwin akan dapat diteruskan.

Bercinta boleh, tetapi jangan sampai menyeksa diri. Cinta yang lahir itu sebenarnya adalah pemangkin untuk perbaiki diri sendiri. Apa yang tidak disukai semasa bercinta, cuba-cubalah untuk berubah kerana ruang masanya diberikan seluasnya. Bercinta membolehkan pasangan memberikan pendapat dan menegur, andai tidak suka .... boleh ditolak cinta, boleh dicari cinta yang lain.

Cinta untuk perbaiki diri, kerana dari cinta itulah nanti kita akan bawa diri kita, personaliti kita di hadapan bakal mertua, bakal sanak saudara ...bakal adik beradik pasangan kita ...

ok pelajar semua..
faham tak apa yg ckg terangkan...hahaha
Tak setuju ye apa gua cakap...

ok takpa...xksah...

26 September
11.15 p.m







Hak Cipta Terpelihara 2013

14 September 2012

Aku Cinta dan Pancaindera

~ Assalamualaikum ~
syuh syuh..
cewahh..mcm berhabuk pulak..
hahaha...
kali ni nk post apa??
jeng jeng jeng...

" AKU CINTA dan PANCAINDERA "

hamboyy tajuk..
mcm penulis novel pulak..
hehehe
sikit2 laa...


Mari duduk depan cermin, dan mari kita lihat wajah kita. Ada perkara yang ingin saya katakan berdasarkan dari wajah kita dengan pancaindera lengkap anugerah Tuhan ini. Mungkin hari2 kita tengok .. kita tengok saja .. tapi kalau kita dok jap lama2 dan mula berfikir .. ada banyak perkara yang boleh kita ungkapkan.

Telah dianugerahkan, kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Mengapa? Maka pandanglah semuanya ke hadapan, memandang ke arah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri. Mengapa? Supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua belah sisi. Sebagai insan agar bersedia dan berupaya untuk mengumpulkan pujian serta kritikan. Ia juga menjadi satu sumber untuk kita memilih; yang mana benar dan yang mana salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak dan minda kita adalah jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan. Kita diberikan ilham oleh Tuhan, dan ilham itu adalah pemberian khusus buat kita.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Mengapa? Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam! Mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya. Ia boleh membawa banyak durja yang tidak menyenangkan. 

Oleh kerana itu, kita selayaknya berbicara sedikit tetapi lebih mendengar dan melihat. Kerana dari mendengar dan melihat itu memberikan kita idea serta ilham buat akal kita berfikir .... lalu menuturkan bicara yang bernas dan tidak sia-sia.

Dan bagaimana dengan HATI?

Dan apabila berbicara soal hati. Kita lahir hanya dengan hanya satu hati. Dan ia terletak jauh ke dalam diri kita. Ia terletak jauh agar tidak mudah dirosakkan. Hati itu juga disalingkait dengan cinta dan kasih. Kerana itulah ... apabila mengharapkan cinta ... ia mesti lahir dari keihlasan yang paling dalam. Ia bukan mudah untuk mencapai cinta itu .. kerana puncanya amat sukar untuk dicapai.

Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Jadi,,,itu sahaja post saya yg xseberapa ni...
Jagala pancaindera kita dgn sebaik yg mungkin...

10.45 p.m
14/9/2012




Hak Cipta Terpelihara 2013

11 September 2012

JOM NAIKKAN TRAFIK BLOG

                                               
Jom Naikkan Trafik Blog...................

   


Moh ler kite join segmen "Jom Naikkan Traffik Blog" anjuran Mak Dara ni. Blogger retis ok. Rugi korang tak join. So, untuk pengetahuan korang, nama blog aku adalah "Diari Seorang Lelaki". Dah masuk 3 tahun berblogging. 

Berblogging ni just nak hilangkan rasa bosan bila dah tak tahu nak watpe. Mungkin dengan cara berblogging dapat ilmu pengetahuan baru, info-info terkini dan paling penting dapat kawan baru. Tak kisah sama ada tua ke muda ke, yang penting kita enjoy.

So, korang2 yang nak naikkan traffik blog anda hari ini, jom join. Klik SINI.


Tarikh tutup segmen ini ialah pada pukul 6 petang ini ini..



NOTA PENTING!!

Jika anda telah menyertai segmen ini anda perlulah terjah ke blog - blog yang 
telah kamu ikuti dengan sebanyak mungkin dan jangan lupa untuk tinggalkan jejak anda di blog itu sama ada melalui comment atau pun link dekat kotak cbox.. Dan jika blog anda menerima lawatan dari yang menyertai segmen ini anda haruslah membalas lawatan mereka itu.. Dengan cara itu kita dapat membantu dalam menaikkan trafik ke blog kita .. 


Hak Cipta Terpelihara 2013

01 September 2012

Aku Dan Hati Yang Hiba....

~ Assalamualaikum ~

hye guysss....
buat apa tu??
still demam raya lagi ke??
huhuhu

Kali ni aku nk post ttg apa ye??
teka r..hahaha
Hari ni aku berasa sedih sangat..
tak tau laa kenapa..

Hari ni genap 9 bulan..
selepas bertungkus lumus menghadapi stpm tahun lepas..
Apa yg menyedihkan aku,,,ramai kwan2 aku dpt melanjutkan pelajaran mereka di peringkat degree..
tp aku perlu tahu bahawa mungkin belum ada rezeki aku..Allah maha mengetahui..
Mesti ada yg terbaik tanpa kita mengetahuinya...

Walau bagaimanapun,,,aku tetap bangga dgn kawan2 aku yg dpt smbung belajar..
keep it out..
aku support korg dari belakang...
harap korg kat dah pergi merantau tempat org,,pandai2 bawak diri ok..
jg diri baik2...






Ni la antara membe2 aku yg dapat melanjutkan pelajarannya ke universiti..
Aku sayang korang semua..
Jangan lupakan aku...
ANUAR,,AKMAL,,ADIBAH dan MARYAM...
dont forget me...
rindu korang semua..

Warkah dariku..
~ SHAHMIL ~

1 Sep 2012
8.45 p.m

Hak Cipta Terpelihara 2013