Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

Highlights copy

29 March 2013

Aku dan Luruhkan Egomu

~ Assalamualaikum ~

Wee Wee Wee...
( nada angry bird )..
haha..
So how are you guys...

Harini nak story tentang ape ye si shahmil yg poyo ni..
hahaha...
cubala teka..
hahah..
dah terang lagi bersuluh..
dah tentu tajuknya dah tulis kat atas tu kan...
hoho..

Tajuknya ialah,,,
LURUHKAN EGOMU...
hmmm bg saya,,,tajuk yg saya reka ni agak mendalam..
Tapi,,entry atau idea yg saya tulis ni mgkin xmendalam maksudnya..
Apa pun,,cubalah baca dulu entry saya ni..
xpanjang pun entry nya...

JOm......

'
'
'
'
'

Paling terbaik dalam setiap perhubungan adalah berbincang.... cari kesalahan & perbaiki diri..

tetapi jika ada 'EGO' yg menguasai diri...
segalanya menjadi tidak bermakna ...
Janganlah terlalu merasakan kita telah mempunyai

segalanya lalu rasa sombong menghias diri...
sedarlah betapa kita tidak pernah sempurna
sesungguhnya kesempurnaan itu milik ALLAH swt... 

cuba adaptasikan gambar di bawah ni...
macam2 kita boleh andaikan..

jadi,,terima kasih kerana sudi membaca entry ssaya pada kali ini..

Photo: Paling terbaik dalam setiap perhubungan adalah berbincang.... cari kesalahan & perbaiki diri...
tetapi jika ada 'EGO' yg menguasai diri...segalanya menjadi tidak bermakna ...
Janganlah terlalu merasakan kita telah mempunyai segalanya lalu rasa sombong menghias diri...
sedarlah betapa kita tidak pernah sempurna
sesungguhnya kesempurnaan itu milik ALLAHswt

10.00 a.m
29/03/2013

~ Assalamualaikum ~




Hak Cipta Terpelihara 2013

27 March 2013

Aku dan Perasaan

~ Assalamualaikum ~

Malam ni nak update tentang perasaan la..
Sedihh ye shahmil...
ehh x x x...
just nak mention tentang perasaan...

setiap insan yg dilahirkan mesti mempunyai 
perasaan kan..sama ada perasaan tu sedih,,gembira,,
marah,,bengang dan macam2..
so mlm ni nak story sikit ttg perasaan ni..

Melepasi satu angka usia yg semakin dewasa menjadikan diri semakin pasrah 
dengan segala ketentuan yg telah ditakdirkan...  
Bukan mudah dalam merelakan.. hati seperti tidak mahu melepaskan... 
 melayan cerita semalam yang semakin jauh kebelakang 
menjadikan kita terhukum dengan beban yang bukan kepalang..

Beratnya kenangan ini untuk digalas...mahu dibuang terasa sayang... 
Betapapun sakit, disini masih ada harapan yang belum pudar. 
Dakilah walaupun kaki terasa penat... 

Ayuh hati... bantulah diri tuanmu. Jangan biarkan diri lesu, semangat yang secubit masih 
boleh menyedapkan harapan. Kalaulah hilang, boleh dicari.. maka carilah... selagi daya..
Semalam yang hadir dengan airmata.... 
hari ini lepaskan perlahan dengan doa...

Jadi,,
ini jela story yg saya nak mention tentang perasaan..
Harap rakan rakan semua faham dgn apa yg saya cuba sampaikan..
Nantikan entry saya seterusnya..
InsyaAllah...

11.30 p.m
26/03/2013

~ Asssalamualaikum ~



Hak Cipta Terpelihara 2013

24 March 2013

Aku dan Harapan

~ Assalamualaikum ~

Hye guys..
malam ni nak update tentang 
HARAPAN...

Saya yakin,,rakan yg lain mesti
banyak mangharapkan sesuatu kan...
ataupun harapan yg akan dilaksanakan..

Tapi kali ni,,
saya nak cerita tentang harapan yg saya maksudkan..
Rasa2 apa ye....

Hari ini adalah semalam yang telah kita lalui
andai apa yang kita usaha tapi tidak lagi kita nikmati hari ini
usah lah kecewa
kerana lumrah dalam dunia ini
apa yang dihajati tidak semua diperolehi .

Syukur lah apa yang di perolehi
jangan berputus asa
menadah tangan pada ILLAHI .

Hari ini adalah esok yang bakal datang
teruskan usaha
pertingkatkan keupayaan .

Berdoalah pada TUHAN semoga besok puncak kejayaan
Dan tidak lupa , merayu pada TUHAN , agar esok kita masih lagi ada .

Tangan ku berbahasa dengan hati ku
moga aku tidak lupa ........

09.00 p.m
24/03/2013

~ Assalamualaikum ~



Hak Cipta Terpelihara 2013

23 March 2013

Aku dan Kematian

~ Assalamlualaikum ~

Hye rakan blogger ku...
saya muncul kembali..
hehe
Sorry ye..rasa malas nk update blog even 
idea,,ilham dan segalanya mencurah2 ke dalam fikiranku..
Tetapi apakan dayaku yg sifat "M" tu tidak mampu
ku lawan..

Tidak lupa jugk rakan FB yg hntar PM,,yg saya lmbat balas,,
mintak maaf ye...malas nak bukak fb dah sbenarnye...
hehe...

Ok kali ni,,saya nak cerita tentang kematian..
OMG.knp pulak ni tiba2 cerita pasal kematian ni...
Hmmm biar saya jela yg tahu cerita sbnrnye ok..
Cuma nak simpulkan disebalik cerita kematian ni..

Nyawa tidak lagi ada pada badan ,
anggota badan tidak lagi boleh bergerak ,
Orang lain lah yang tolong ,
memandikan ,
menyelimutkan dengan kain putih ,
sembahyangkan ,
dan kuburkan .

Mana lagi boleh makan dan minum ,
sudah jadi makanan cacing dan ulat .

mana boleh nak sembahyang lagi ,
mana boleh nak bersedekah lagi .
sudah terlambat .........

doa anak anak yang soleh ,
kebaikan dan ilmu baik yang di tinggalkan ,
kepatuhan pada suruhan dan larangan Tuhan semasa hidup ,
Semua nya menjadi teman yang sejati .

ayat ayat mudah ini ,
semua nya ,
sudah di fahami ,
dan pasti engkau engkau lebih memahami .
saja aku tulis untuk ingatkan diri aku .

Ada hidup ada mati ,
Ada syurga ada nuraka .
pernah kah ada dua mayat di dalam satu selimut putih untuk di kuburkan ???
Sediakan lah teman untuk alam kubur nanti .

Kita tahu siapa yang telah mati .
Kita tidak tahu siapa akan mati selepas itu .......

Kita boleh sediakan batu nisan untuk kita ,
tapi tidak dapat menulis tarikh kematian kita .


03.00 p.m
23/03/2013
~ Assalamualaikum ~





Hak Cipta Terpelihara 2013

07 March 2013

Aku Dan Bila Takdir Tak Seindah Impian.....

~ Assalamualaikum ~

Lama betul xupdate blog..
Kejap ada,,kejap tak ade..
Sorry ye rakan2 blogger..
Akhir2 ni byk kerja la..
wedding nye,,hangout dgn kwn2,,dan lain2 la..

So,,kamu semua sihat ke??
hope semua sihat2 belaka la ye..
Apa tajuk saya kali ni ye??
dah tulis kan tajuknya kat atas,,,
so itulah tajuk entry saya kali ni..

Seringkali kita berharap, tiap yang kita lalui adalah cerita  yang membahagiakan. 
Bila segala yang dibuat mengikut jalan yang benar, 
semestinya akan ada kejayaan menanti kita dihadapan. 
Ada ketikanya yang dirancang sudah terletak cantik pada tempatnya.
 Bila ada yang mencorak jalan cerita,
 tentunya lakaran itu adalah lakaran indah belaka. 
Namun siapalah kita untuk menidakkan segala takdir ILAHI... 

Sesungguhnya amat berat untuk menerima hakikat yang baru menyapa diri.
 Tidak perlu mencari dimana yang silap dan siapa yang salah. Yang pasti takdir ini bakal mengusung sedikit duka.  Bila ALLAHswt tidak mengizinkan segala perancangan, pastinya ada sesuatu yang sedang DIA aturkan.

Takdir ini juga membuat minda mula berfikir. 
Perlukah menyesali segala kejadian. 
Kuatkah untuk memujuk diri betapa perpisahan ini bukan satu noktah tapi satu permulaan. 
Mungkin selama ini kita menjadi terlalu yakin 
akan penghujung yang baik tanpa berusaha memperindahkan laluan. 

Kita terlupa dalam perjalanan yang panjang pasti ada halangan... 
duri dijalanan bila-bila masa boleh kita temui. Badai taufan juga boleh menyergah tanpa amaran. 
Dalam tenang rupanya ada yang bergelombang. 
Tanpa sedar ada butir jernih bertakung dikelopak mata.
 Semestinya itu lumrah pada yang menerima musibah ini secara tiba-tiba.

Bagaimana harus berdepan dengan insan disekeliling yang telah siap 
dengan pelbagai  pertanyaan. 
Bagaimana mahu disusun ayat jawapan agar hati sendiri 
tidak terasa keperitan. 
Yang melihat cuma sinis memahami namun hati 
yang menanggung menangis dalam meredhai.

 Rasa duka yang hadir tiba-tiba cukup untuk mengoyak parut lama.  
Apapun cubalah bangkit ..Muhasabah diri, mungkin selama ini kita 
kurang berdoa dan kalau sudah berdoa mungkin kita
 kurang bersungguh didalam doa. 
Peganglah pada janji ALLAH... 

Perancangan dariNYA adalah yang paling indah... 
biarpun ini  satu musibah tapi pujuk hati untuk 
terus percaya betapa pelangi yang cantik selalunya akan  muncul selepas hujan berhenti.  Lepaskanlah dengan redha segala yang telah terjadi...

INGATLAH,  BILA TAKDIR TAK SEINDAH IMPIAN....



03.00 a.m
07/03/2013


Hak Cipta Terpelihara 2013

01 March 2013

Aku dan Air Mata Membasahi Pipi

~ Assalamualaikum ~

Selamat datang bulan MAC..
Harap,,,sempena bulan baru ni,,
dapat menjalankan liku2 kehidupan yg terus tabah..

Harini saya nak share sikit dgn apa yg saya perhatikan selama ini..
Saya percaya,,dalam kalangan kamu mesti ramai kawan kan..
Antara kawan yg ada,,pelbagai perangai or sikap yg kita nmpak kan..
Jadi,,Entry saya pd ptg ni ialah
AIR MATA MEMBASAHI PIPI...

Kenapa air mata berlinangan membasahi pipi ????

Dia nangis la........
Oooo!! ... 
Dia sakit ke?
Dia kehilangan orang di cintai ke ?
Salah , Salah , Salah ,.........
Dia gembira la!!!

Baru dapat berita , besok kekasih nya datang meminang .....
Itu lah kelakuan insan , 

keliru kita untuk meneka apa sebenar nya ,
Kadang macam sedih tapi gembira ,

kadng macam jujur tapi pendusta ,
kadang macam cinta tapi tidak ,
kadang macam berharta tapi miskin ,
hati hati lah dalam mengenal hati dan budi .....

semoga anda menemui intan yg di cari.........


Jadi,,ini jela entry yg saya nak kongsikan kepada peminat tegar blog saya..
Jumpa lagi..
1/3/2013
2.50 p.m

~ Assalamualaikum ~






Hak Cipta Terpelihara 2013