Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

Highlights copy

01 December 2012

Hati Kaku

~ Assalamualaikum ~

hyepp..
sorry mengganggu cuti anda di hujung minggu..
ahhaa..
jgn mara2 ok..
tahu laa asek entry sy je..jgn mara tau..
sapa faham ttg HATI KAKU??
klu xfhm,,jom baca kat bawah ni...

Wajah murung bukan sedih,,,
tidak kecewa tapi terharu,,,
bila lihat si pengantin baru,,,
sudah ada hidup baru...

Bukan risau cuma terfikir je bg aku ni,,,
bila la agknya waktu aku kan??
bukan diri tak laku,,,
cuma hati masih kaku,,,
untuk selam cinta baru...

Mungkin esok lusa,,,
Kehadiran si dia terima kita terubah segala galanya,,,
Siapa tahu
nanti tulat
yg lain pula terkulat kulat,,,
bila aku jd pengantin baru...

Hahahaha...
dh faham HATI KAKU??
haishhh..
merepek jela shahmil ni..

~ Assalamualaikum ~


30/11/2012.
4.00 a.m



Hak Cipta Terpelihara 2013

30 November 2012

Aku dan Rindu

~ Assalamualaikum ~

Harini rasanya saya nak berpuitis sikit laa..
maklumla,,,budak sastera kan..hehe
Saja nak test bahasa..
cewahh...
jom...

Kekadang aku keliru,,
Melihat kerinduan yg menerpa,,
Tanpa henti mengheret,,
Hati kesyahduan,,
Pada diri ini...

Ternanti nanti pada siapa,,
Hendakku sapukan keresahan alam,,
Meronta dalam dalam,,
Sehingga terapung,,
 percintaan...

Bukan pena yg aku impikan,,
bukan tinta yg aku harapkan,,
untuk melukiskan pada dinding sepi,,
Bait bait halus,,
Sisipan rasa indah,,
Sebuah cinta,,
Dari Mu..

Dalam hidup ini,,
Inginku tenggelamkan,,
Hempasan malam,,
Pada kelam malam,,
Pantas melurut melirih mencarik merintih,,
Agak reda rasa dendam,,
Kehilangan Mu,,
Juga rasa kerinduan,,
Menyintai Mu...

Sekian,,,,

~ Assalamualaikum ~


30/11/2012
1.50 a.m



Hak Cipta Terpelihara 2013

29 November 2012

Aku,,Mimpi dan Impian

~ Asalamualaikum ~

Kepada rakan blogger saya,,
kali ni saya ada masa nak update blog..
hahah...
Saja nak perli kamu semua..

Malam ni nak cerita tentang,,,
MIMPI DAN IMPIAN..
Tau x,,mlm td tiba2 dpt ilham nak cerita ttg mimpi dan impian..
Heyyy shahmil...imagine kamu tinggi sgt..
sush nak dijangkakan..haha
Nak tau x??
jom kita baca terjah sama2..
:
:
:
Mimpi kita mungkin berbeza..
kau jd snow white,,
aku pula jd cinderella..
kau ada 7 kawan kerdil,,
Aku pula cuma ditemani dua kakak tiri degil..
Haaa..hambek ko..
kan aku dah jd cinderella..
Dasyat x??hahaha

sungguh jelik mimpi itu..
teresak esak sedih pilu..

Bila terjaga sedar,,
itukan namanya dugaan,,
itukan namanya cabaran..
Tiada bahagia dtg bergolek golek..
Walau mimpi kita berbeza,,
kita punyai impian yg serupa,,
Ingin sentuh bahagia,,
Damba jalan hidup yg sama..

Cuma sabar itu perlu disemat dalam hati,,
Kerna akhirnya snow white akan dpt kucupan penawar,,
kerna nanti sepatu kaca sebelah ditemukan kembali,,
putera sejati pasti muncul di realiti..

Kau atau aku,,
kita sebenarnya sama,,
Cuma jalan hidup sahaja yg berbeza..

Haaa...
ni laa ilham yg aku katakan..
hehehe
Hope faham laa ye..
mungkin bahasa tu mendalam sikit..
so fhm2 kan la..byk isi tersirat sbnarnya..hehehe..
See u again..

~Assalamualaikum~.

3.47 a.m
29/11/2012







Hak Cipta Terpelihara 2013

24 November 2012

Aku dan Pendam...

~ Assalamualaikum ~

apa khabar kawan2 blogger??
sihat x??
first sorry lama xupdate blog...
byk kerja nak setelkan..
Kpd kwan blogger yg post bila nak post entry baru,,,
mlm ni sy post ok..hehe..
Entry kali ni ttg Pendam,...
hamboyy...mcm lagu syahir pulak..

Dia merupakan junior ku semasa ku berada di tingkatan 6..
namanye??
hmmm cukup masa,,,sy bgtau..hehe
aku pertama kali trnampak dia semasa ada majlis akhir tahun ting 6..
majlis trsebut dilkukan bersama junior kami,,ting 6 bawah..

Mulai pada haritu,,,
aku mula tercari2 siapa dia..kelas mana..tggal mana..
Lalu aku mghntar budak2 utk merisik dia....
Xlama pd tu,,,aku dpt ketahui ttg dia
walaupun xbyk...

Jadi,,Raya haritu,,chat dia di FB..
Dan aku cerita hal sebenar..
Tapi,,aku merasakan belum sesuai masanya lg..
sbb dia nak menghadapi trial exam stpm..
Aku memberitahu dia,,tggu dia habis exam sebenar..

Now,,,,tinggal beberapa hari je lagi dia nak habiskan exam..
dah bersediakah aku nak cerita sesuatu kat dia....??
Hmmm..
Ape pun yg berlaku selepas aku cerita hal sebenar pd dia,,,
aku harap,,dia terus berkawan dgn aku smpai bile bile..
Dan aku harap,,dia akan bg jwpn yg ikhlas...

Awak...
*Mendongak ke bawah*
*Machine Gun*
*Peramah*
*Berani*

*Akan igt smpai bile bile*...
Ikhlas Nak kan awak..
10.50 p.m
24 Nov 2012




Hak Cipta Terpelihara 2013

25 October 2012

Aku dan Sebak

~ Assalamualaikum ~

hmmm lama rasa xupdate blog..
sebuln rasanya xupdate blog ni...
So...Kali ni aku nk cerita tentang,,,
senario sekarang..
senario ttg apa ye??

senario budak zaman sekarang..
Walaubagaimanapun,,,
ia boleh muhasabah diri kita jgk...

Suatu malam jam 2.30 a.m..lebih kurg mcm tu la...
aku susah nk tidur...
ada je dipikirkan..
tiba2 aku terpikir ttg masa depan,,keluarga dan sbgnya..

aku pejamkan mata,,,
aku bygkan diri aku skrg dlm keadaan ksusahan..
bersuasana kan gelap yg teramat...

Lalu,,aku mengalirkan air mata secara tiba2...

nak tahu knp??
aku akn kongsikan kpd u all tanpa rasa segan silu...

"Bila mak ckp dia teringat kita,,kita jawab kita sibuk sangat""
"Bila mak ckp dia rindu,,Kita jawab hujung minggu"
"Bila mak minta kita pulang,,Kita jawab kita belum lapang"
Bila ayah minta kita singgah,,kita jawab kerja pejabat belum selesai"
"bila hati kita terguris,,kita kata ''Mak xpernah faham"...
"Bila hati kita terhiris,,kita kata "Ayah memang xambil kisah"...

TETAPI

"Bila hati mak kita terguris,,mak kata "Tak apa.dia masih muda"..
"Bila hati ayah terhiris,,ayah kata "tak apa.belum sampai akalnya"..
"Bila kita menangis tanda lapar,,mak berlari bagai hilang kaki"..
"Bila kita merintih tanda derita,,ayah bersengkang mata seperti tidur xlena"..
"Bila kita sedih kerana gagal,,mak setia bekalkan akal"..
"bila hati pilu kerana kecewa,,ayah dan emak tetap disebelah kita"..

inilah yg aku secara tiba2  terpikir...
bukan dirancang,,bukan direka,,
tetapi dtg secara tiba2 kedalm fikiran aku
semasa aku pejamkan mata...
tanpa buang masa,,
aku perlahan2 masuk ke bilik mak ayah aku lalu aku menatap muka mak ayah aku..

lepas menatap wajah mak ayah aku,,aku terus masuk kebilik,,
dan dgn mudah aku pejamkan mata...
mungkin ada petunjuk disitu..
.Terima Kasih Allah..

7.15 p.m
25/10/2012




Hak Cipta Terpelihara 2013

30 September 2012

Aku dan Sentimental



~ Assalamualaikum ~


"Yesterday",,, "I have a dream"......segala "kenangan terindah",, telah terukir "di antara kita"....tetapi kenangan " yg terindah hanya sementara"...15 Sep 2012,,"kali terakhir kulihat wajahmu",,telah mengubati perasaan rindu aku terhadap kau yg selama ini perasaan tersebut di "penghujung rindu"..."Tragedi Oktober",, 2011 telah mengingatkan aku bahawa pd ketika itu berlumba2 belajar di rumah dan juga dalam kelas dan sekali gus telah membuat aku lagi bersemangat untuk menghadapi peperiksaan STPM yg berlangsung 21 Nov...Sebanyak mana "gerimis mengundang",,,aku akan anggap ko macam adik aku sendiri...Bukan sekejap denganmu...bukan mainan hasratku..engkau pun tahu niatku..tulus dan suci..."Matahariku",,telah membuatkan "bunga" yg kau suka menjadi mekar...Aku berharap,,"tiada lagi tangisan",,dan "Ku relakan dikau pergi",,untuk "Memburu impian" yg kau impikan selama ini...Aku terpaksa "berhenti berharap" untuk melanjutkan pelajaran ke universiti...Aku terpaksa "Pendam" perasaan tanpa diketahui org lain..Biarkan segala "Kisah dongeng" pergi berlalu sahaja dan jangan sesekali dikenang kerana ia membuatkan hati kita seperti "dipenjara janji"..."Ukiran jiwa" tidap dapat dilihat tetapi "kebahagiaan dalam perpisahan" dapat dirasai dan bertambah pedih apabila "Rendang tak berbuah"...Akhir sekali,,,aku berharap kau dapat menjadi "teman sejati" dan juga "kau sahabat kau teman" sehingga aku "Sampai menutup mata"....

"You're my everything"...

Mood----Sentimental
30/9/2012
9.30 p.m

Hak Cipta Terpelihara 2013

Ketelitian Seorang Wanita

~ Assalamualaikum ~

Post kali ni xnak cerita panjang2...
Baca dan fikir sendiri...
hmmm...

Anda lelaki? Ada wanita di sebelah anda tak? Atau anda yang sedang membaca entri ini adalah seorang wanita. Mari baca, adakah benar tak kata-kata ini mengenai wanita? 

Telitinya wanita sehingga wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama. Lelaki sekadar perlu dengan apa yang dimatlamatkan, tidak lebih dan tidak kurang.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka, lebih besar daripada lelaki ... kan kan? Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.

Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala basahan (kotex)... dan macam-macam lagi.

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita?Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. 

Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Sila renung renungkan..
hehehe

Santai Petang....

5.30 p.m
30/09.2012

Hak Cipta Terpelihara 2013