~ Assalamualaikum ~
Apa khabar guys...
Maafla lama tak update blog.
Sekarang ni assignment dah mula menimbun nimbun..erghhhh
Tapi,,alhamdulillah,,50 % hampir dah siap..
Tajuk apa ye kali ni saya nak update.??
Sebenarnya kan,,,,,,,saya nak update tantang tarikh..
Tarikh??
Apa kena mengena dengan tarikh ye??hehe
Sebenarnya kan,,tentang soal hati..
Wow,,mcm poyo je mamat ni..
hahaha....
Susah kan bila bermain dengan hati..
sangat susah..Bagaimana hendak membuang perasaan yang kita sukakan pada seseorang
padahal dia tidak tahu kita suka pada dia.
Jika kamu memancing ikan….
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu….
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya….
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.
Assalamualaikum
03.00
22/10/2013
SHAHMIL
Hak Cipta Terpelihara 2013
No comments:
Post a Comment