Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

Highlights copy

28 September 2013

Aku dan sepohon pokok

~ Assalamualaikum ~

hello kawan semua,,,
hehe
Guys,,sementara saya ada masa ni,,,
saya nak berblogging sekejap...
tak salahkan..

Semenjak dua menjak ni,,
byk kerja nak buat...
assgment la,,presentation la,,,
n mcm2 la..
dgn bengkel photoshop lg..

so,,,apa tajuk saya kali ni ye..
hehehe
ok just go through my topic..
tajuk saya kali ni ialah sepohon kayu...
wow,,shahmil sepohon kayu ke..hehe..
jom..

aku ibarat sepohon kayu
dijaga dari kecil, dicambah hingga besar.
aku memerlukan benih yang baik
untuk tumbuh dengan baik

aku turut memerlukan air, udara dan matahari
untuk meneruskan kitaran hidupku
tanpa itu semua, maka tidak lengkaplah aku
aku kini kian membesar dan masih dalam proses membesar.

kini aku mampu ditinggalkan
tidak lagi perlu disiram setiap masa
kerana aku punyai akar yang mampu menyelami isi bumi
mencari bekalanku sendiri
hanya perlu ditatapi kadang kala sahaja
namun aku masih memerlukan sedikit perhatian

hari demi hari
kian silih berganti manusia yang mengenali aku
pelbagai ragam juga manusia yang aku kenali
ada yang cuba menyiram aku dengan air
lalu menyegarkan aku

ada yang cuba mematahkan dahanku
maka terasa sakitlah aku
ada yang cuba mencuri bungaku
maka kuranglah seriku

ada yang menggunakan aku sebagai tempat bersandar
maka bertahanlah aku untuk kesenangan orang lain

ada juga yang menatapku hanya dari jauh
maka tersipu malulah aku

walaupun aku dijadikan bukan pohon yang cantik
juga tidak digemari ramai manusia
namun hanya yang Esa sahaja tahu khasiatku
kerana semua benda dicipta di muka bumi ini
mempunyai kelebihannya sendiri

aku tidak pernah merasa sedih akan kejadianku
walaupun aku tidak semekar pohon yang lain
kerana apabila aku lihat sekelilingku
masih banyak pohon yang lebih layu dari diriku

dan aku juga tidak merasa megah akan kelebihanku
kerana apabila aku lihat sekelilingku
masih banyak pohon yang jauh lebih mekar dan
banyak kelebihannya berbanding aku

aku hanya pohon yang lemah
walaupun aku punya akar 
untuk mencari bekalanku sendiri
namun aku tetap boleh layu jika kurang khasiatnya.

siramilah aku, bajailah aku dengan baja yang baik
agar aku boleh terus segar di alam ini.

Hadiahkanlah aku seorang manusia 
yang sentiasa menemani dan menghargai
kejadianku. 

walaupun aku hanya berdiri kaku disini
namun aku berharap akan ada seseorang
yang akan mengukir namanya
di pohon ini untuk selama-lamanya




3.42 a.m
28/09/13
SHAHMIL
















Hak Cipta Terpelihara 2013

No comments: