Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

Highlights copy

07 March 2013

Aku Dan Bila Takdir Tak Seindah Impian.....

~ Assalamualaikum ~

Lama betul xupdate blog..
Kejap ada,,kejap tak ade..
Sorry ye rakan2 blogger..
Akhir2 ni byk kerja la..
wedding nye,,hangout dgn kwn2,,dan lain2 la..

So,,kamu semua sihat ke??
hope semua sihat2 belaka la ye..
Apa tajuk saya kali ni ye??
dah tulis kan tajuknya kat atas,,,
so itulah tajuk entry saya kali ni..

Seringkali kita berharap, tiap yang kita lalui adalah cerita  yang membahagiakan. 
Bila segala yang dibuat mengikut jalan yang benar, 
semestinya akan ada kejayaan menanti kita dihadapan. 
Ada ketikanya yang dirancang sudah terletak cantik pada tempatnya.
 Bila ada yang mencorak jalan cerita,
 tentunya lakaran itu adalah lakaran indah belaka. 
Namun siapalah kita untuk menidakkan segala takdir ILAHI... 

Sesungguhnya amat berat untuk menerima hakikat yang baru menyapa diri.
 Tidak perlu mencari dimana yang silap dan siapa yang salah. Yang pasti takdir ini bakal mengusung sedikit duka.  Bila ALLAHswt tidak mengizinkan segala perancangan, pastinya ada sesuatu yang sedang DIA aturkan.

Takdir ini juga membuat minda mula berfikir. 
Perlukah menyesali segala kejadian. 
Kuatkah untuk memujuk diri betapa perpisahan ini bukan satu noktah tapi satu permulaan. 
Mungkin selama ini kita menjadi terlalu yakin 
akan penghujung yang baik tanpa berusaha memperindahkan laluan. 

Kita terlupa dalam perjalanan yang panjang pasti ada halangan... 
duri dijalanan bila-bila masa boleh kita temui. Badai taufan juga boleh menyergah tanpa amaran. 
Dalam tenang rupanya ada yang bergelombang. 
Tanpa sedar ada butir jernih bertakung dikelopak mata.
 Semestinya itu lumrah pada yang menerima musibah ini secara tiba-tiba.

Bagaimana harus berdepan dengan insan disekeliling yang telah siap 
dengan pelbagai  pertanyaan. 
Bagaimana mahu disusun ayat jawapan agar hati sendiri 
tidak terasa keperitan. 
Yang melihat cuma sinis memahami namun hati 
yang menanggung menangis dalam meredhai.

 Rasa duka yang hadir tiba-tiba cukup untuk mengoyak parut lama.  
Apapun cubalah bangkit ..Muhasabah diri, mungkin selama ini kita 
kurang berdoa dan kalau sudah berdoa mungkin kita
 kurang bersungguh didalam doa. 
Peganglah pada janji ALLAH... 

Perancangan dariNYA adalah yang paling indah... 
biarpun ini  satu musibah tapi pujuk hati untuk 
terus percaya betapa pelangi yang cantik selalunya akan  muncul selepas hujan berhenti.  Lepaskanlah dengan redha segala yang telah terjadi...

INGATLAH,  BILA TAKDIR TAK SEINDAH IMPIAN....



03.00 a.m
07/03/2013


Hak Cipta Terpelihara 2013

1 comment:

Anonymous said...

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. sentiasa bersangka baik dengan Dia.. kerana Dia sentiasa tahu dan mahu yang terbaik untuk kita.. ^^