~ Assalamualaikum ~
Lama betul xupdate blog..
Kejap ada,,kejap tak ade..
Sorry ye rakan2 blogger..
Akhir2 ni byk kerja la..
wedding nye,,hangout dgn kwn2,,dan lain2 la..
So,,kamu semua sihat ke??
hope semua sihat2 belaka la ye..
Apa tajuk saya kali ni ye??
dah tulis kan tajuknya kat atas,,,
so itulah tajuk entry saya kali ni..
Seringkali kita berharap, tiap yang kita lalui adalah cerita yang membahagiakan.
Bila segala yang dibuat mengikut jalan yang benar,
semestinya akan ada kejayaan menanti kita dihadapan.
Ada ketikanya yang dirancang sudah terletak cantik pada tempatnya.
Bila ada yang mencorak jalan cerita,
tentunya lakaran itu adalah lakaran indah belaka.
Namun siapalah kita untuk menidakkan segala takdir ILAHI...
Sesungguhnya amat berat untuk menerima hakikat yang baru menyapa diri.
Tidak perlu mencari dimana yang silap dan siapa yang salah. Yang pasti takdir ini bakal mengusung sedikit duka. Bila ALLAHswt tidak mengizinkan segala perancangan, pastinya ada sesuatu yang sedang DIA aturkan.
Takdir ini juga membuat minda mula berfikir.
Perlukah menyesali segala kejadian.
Kuatkah untuk memujuk diri betapa perpisahan ini bukan satu noktah tapi satu permulaan.
Mungkin selama ini kita menjadi terlalu yakin
akan penghujung yang baik tanpa berusaha memperindahkan laluan.
Kita terlupa dalam perjalanan yang panjang pasti ada halangan...
duri dijalanan bila-bila masa boleh kita temui. Badai taufan juga boleh menyergah tanpa amaran.
Dalam tenang rupanya ada yang bergelombang.
Tanpa sedar ada butir jernih bertakung dikelopak mata.
Semestinya itu lumrah pada yang menerima musibah ini secara tiba-tiba.
Bagaimana harus berdepan dengan insan disekeliling yang telah siap
dengan pelbagai pertanyaan.
Bagaimana mahu disusun ayat jawapan agar hati sendiri
tidak terasa keperitan.
Yang melihat cuma sinis memahami namun hati
yang menanggung menangis dalam meredhai.
Rasa duka yang hadir tiba-tiba cukup untuk mengoyak parut lama.
Apapun cubalah bangkit ..Muhasabah diri, mungkin selama ini kita
kurang berdoa dan kalau sudah berdoa mungkin kita
kurang bersungguh didalam doa.
Peganglah pada janji ALLAH...
Perancangan dariNYA adalah yang paling indah...
biarpun ini satu musibah tapi pujuk hati untuk
terus percaya betapa pelangi yang cantik selalunya akan muncul selepas hujan berhenti. Lepaskanlah dengan redha segala yang telah terjadi...
INGATLAH, BILA TAKDIR TAK SEINDAH IMPIAN....
03.00 a.m
07/03/2013
Hak Cipta Terpelihara 2013
1 comment:
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. sentiasa bersangka baik dengan Dia.. kerana Dia sentiasa tahu dan mahu yang terbaik untuk kita.. ^^
Post a Comment