Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

Highlights copy

30 September 2012

Ketelitian Seorang Wanita

~ Assalamualaikum ~

Post kali ni xnak cerita panjang2...
Baca dan fikir sendiri...
hmmm...

Anda lelaki? Ada wanita di sebelah anda tak? Atau anda yang sedang membaca entri ini adalah seorang wanita. Mari baca, adakah benar tak kata-kata ini mengenai wanita? 

Telitinya wanita sehingga wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama. Lelaki sekadar perlu dengan apa yang dimatlamatkan, tidak lebih dan tidak kurang.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka, lebih besar daripada lelaki ... kan kan? Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.

Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala basahan (kotex)... dan macam-macam lagi.

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita?Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. 

Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Sila renung renungkan..
hehehe

Santai Petang....

5.30 p.m
30/09.2012

Hak Cipta Terpelihara 2013

No comments: