Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

Highlights copy

14 September 2012

Aku Cinta dan Pancaindera

~ Assalamualaikum ~
syuh syuh..
cewahh..mcm berhabuk pulak..
hahaha...
kali ni nk post apa??
jeng jeng jeng...

" AKU CINTA dan PANCAINDERA "

hamboyy tajuk..
mcm penulis novel pulak..
hehehe
sikit2 laa...


Mari duduk depan cermin, dan mari kita lihat wajah kita. Ada perkara yang ingin saya katakan berdasarkan dari wajah kita dengan pancaindera lengkap anugerah Tuhan ini. Mungkin hari2 kita tengok .. kita tengok saja .. tapi kalau kita dok jap lama2 dan mula berfikir .. ada banyak perkara yang boleh kita ungkapkan.

Telah dianugerahkan, kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Mengapa? Maka pandanglah semuanya ke hadapan, memandang ke arah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri. Mengapa? Supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua belah sisi. Sebagai insan agar bersedia dan berupaya untuk mengumpulkan pujian serta kritikan. Ia juga menjadi satu sumber untuk kita memilih; yang mana benar dan yang mana salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak dan minda kita adalah jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan. Kita diberikan ilham oleh Tuhan, dan ilham itu adalah pemberian khusus buat kita.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Mengapa? Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam! Mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya. Ia boleh membawa banyak durja yang tidak menyenangkan. 

Oleh kerana itu, kita selayaknya berbicara sedikit tetapi lebih mendengar dan melihat. Kerana dari mendengar dan melihat itu memberikan kita idea serta ilham buat akal kita berfikir .... lalu menuturkan bicara yang bernas dan tidak sia-sia.

Dan bagaimana dengan HATI?

Dan apabila berbicara soal hati. Kita lahir hanya dengan hanya satu hati. Dan ia terletak jauh ke dalam diri kita. Ia terletak jauh agar tidak mudah dirosakkan. Hati itu juga disalingkait dengan cinta dan kasih. Kerana itulah ... apabila mengharapkan cinta ... ia mesti lahir dari keihlasan yang paling dalam. Ia bukan mudah untuk mencapai cinta itu .. kerana puncanya amat sukar untuk dicapai.

Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Jadi,,,itu sahaja post saya yg xseberapa ni...
Jagala pancaindera kita dgn sebaik yg mungkin...

10.45 p.m
14/9/2012




Hak Cipta Terpelihara 2013

No comments: