Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

Highlights copy

26 September 2012

Bercinta Untuk Memperbaiki Diri



~ Assalamualaikum ~

ting tong...
jam menunjukkan pukul 11.00 malam..
tidur lahh wahai shahmil...
xpenat ke...
hahah

Sebelum tidur,,,
nk post entry dulu..
kalau tak,,,,xblh tidur..
cewahh...geli dengarnya..

Kali ni gua nk post ttg apa??
jom jd melodi...
terjah menerjah...

ok murid2..
harini ckg nk terangkan tajuk
"""Bercintalah Untuk Memperbaiki Diri"""
haahha..
merapu2 je...



Ada manusia sanggup berbuat apa sahaja untuk menangi cinta. Malah, ada perkara yang dilakukan seolah tidak masuk akal dan melanggar hukum. Itulah penangan cinta, cinta boleh merubah diri seseorang dari yang kurang baik kepada lebih baik. Dan boleh juga menjadikan manusia yang waras jadi tidak waras.

Oleh kerana kekuatan yang ada pada cinta, maka jadikan medium itu untuk perbaiki diri.

Cinta merupakan satu ekspresi kasih dan sayang. Cinta boleh lahir dari macam2 cara. Ada cara nakal, ada cara kebetulan, ada cara yang memang dicari dan diminta. Dan pengakhiran satu cinta juga berpelbagaian.
Kenapa perlu bercinta? Kenapa perlu sebelum berkahwin... kenapa tidak selepas berkahwin? Memang ada cinta lahir selepas berkahwin, tetapi ia jarang berlaku dan jarang ingin dilakukan. Yang banyak ada ialah cinta untuk berkahwin. Mereka bercinta supaya dan ingin mengenali hati budi, mengenali diri pasangan masing-masing ... agar nanti kebahagiaan selepas berkahwin akan dapat diteruskan.

Bercinta boleh, tetapi jangan sampai menyeksa diri. Cinta yang lahir itu sebenarnya adalah pemangkin untuk perbaiki diri sendiri. Apa yang tidak disukai semasa bercinta, cuba-cubalah untuk berubah kerana ruang masanya diberikan seluasnya. Bercinta membolehkan pasangan memberikan pendapat dan menegur, andai tidak suka .... boleh ditolak cinta, boleh dicari cinta yang lain.

Cinta untuk perbaiki diri, kerana dari cinta itulah nanti kita akan bawa diri kita, personaliti kita di hadapan bakal mertua, bakal sanak saudara ...bakal adik beradik pasangan kita ...

ok pelajar semua..
faham tak apa yg ckg terangkan...hahaha
Tak setuju ye apa gua cakap...

ok takpa...xksah...

26 September
11.15 p.m







Hak Cipta Terpelihara 2013

14 September 2012

Aku Cinta dan Pancaindera

~ Assalamualaikum ~
syuh syuh..
cewahh..mcm berhabuk pulak..
hahaha...
kali ni nk post apa??
jeng jeng jeng...

" AKU CINTA dan PANCAINDERA "

hamboyy tajuk..
mcm penulis novel pulak..
hehehe
sikit2 laa...


Mari duduk depan cermin, dan mari kita lihat wajah kita. Ada perkara yang ingin saya katakan berdasarkan dari wajah kita dengan pancaindera lengkap anugerah Tuhan ini. Mungkin hari2 kita tengok .. kita tengok saja .. tapi kalau kita dok jap lama2 dan mula berfikir .. ada banyak perkara yang boleh kita ungkapkan.

Telah dianugerahkan, kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Mengapa? Maka pandanglah semuanya ke hadapan, memandang ke arah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri. Mengapa? Supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua belah sisi. Sebagai insan agar bersedia dan berupaya untuk mengumpulkan pujian serta kritikan. Ia juga menjadi satu sumber untuk kita memilih; yang mana benar dan yang mana salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak dan minda kita adalah jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan. Kita diberikan ilham oleh Tuhan, dan ilham itu adalah pemberian khusus buat kita.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Mengapa? Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam! Mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya. Ia boleh membawa banyak durja yang tidak menyenangkan. 

Oleh kerana itu, kita selayaknya berbicara sedikit tetapi lebih mendengar dan melihat. Kerana dari mendengar dan melihat itu memberikan kita idea serta ilham buat akal kita berfikir .... lalu menuturkan bicara yang bernas dan tidak sia-sia.

Dan bagaimana dengan HATI?

Dan apabila berbicara soal hati. Kita lahir hanya dengan hanya satu hati. Dan ia terletak jauh ke dalam diri kita. Ia terletak jauh agar tidak mudah dirosakkan. Hati itu juga disalingkait dengan cinta dan kasih. Kerana itulah ... apabila mengharapkan cinta ... ia mesti lahir dari keihlasan yang paling dalam. Ia bukan mudah untuk mencapai cinta itu .. kerana puncanya amat sukar untuk dicapai.

Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Jadi,,,itu sahaja post saya yg xseberapa ni...
Jagala pancaindera kita dgn sebaik yg mungkin...

10.45 p.m
14/9/2012




Hak Cipta Terpelihara 2013

11 September 2012

JOM NAIKKAN TRAFIK BLOG

                                               
Jom Naikkan Trafik Blog...................

   


Moh ler kite join segmen "Jom Naikkan Traffik Blog" anjuran Mak Dara ni. Blogger retis ok. Rugi korang tak join. So, untuk pengetahuan korang, nama blog aku adalah "Diari Seorang Lelaki". Dah masuk 3 tahun berblogging. 

Berblogging ni just nak hilangkan rasa bosan bila dah tak tahu nak watpe. Mungkin dengan cara berblogging dapat ilmu pengetahuan baru, info-info terkini dan paling penting dapat kawan baru. Tak kisah sama ada tua ke muda ke, yang penting kita enjoy.

So, korang2 yang nak naikkan traffik blog anda hari ini, jom join. Klik SINI.


Tarikh tutup segmen ini ialah pada pukul 6 petang ini ini..



NOTA PENTING!!

Jika anda telah menyertai segmen ini anda perlulah terjah ke blog - blog yang 
telah kamu ikuti dengan sebanyak mungkin dan jangan lupa untuk tinggalkan jejak anda di blog itu sama ada melalui comment atau pun link dekat kotak cbox.. Dan jika blog anda menerima lawatan dari yang menyertai segmen ini anda haruslah membalas lawatan mereka itu.. Dengan cara itu kita dapat membantu dalam menaikkan trafik ke blog kita .. 


Hak Cipta Terpelihara 2013

01 September 2012

Aku Dan Hati Yang Hiba....

~ Assalamualaikum ~

hye guysss....
buat apa tu??
still demam raya lagi ke??
huhuhu

Kali ni aku nk post ttg apa ye??
teka r..hahaha
Hari ni aku berasa sedih sangat..
tak tau laa kenapa..

Hari ni genap 9 bulan..
selepas bertungkus lumus menghadapi stpm tahun lepas..
Apa yg menyedihkan aku,,,ramai kwan2 aku dpt melanjutkan pelajaran mereka di peringkat degree..
tp aku perlu tahu bahawa mungkin belum ada rezeki aku..Allah maha mengetahui..
Mesti ada yg terbaik tanpa kita mengetahuinya...

Walau bagaimanapun,,,aku tetap bangga dgn kawan2 aku yg dpt smbung belajar..
keep it out..
aku support korg dari belakang...
harap korg kat dah pergi merantau tempat org,,pandai2 bawak diri ok..
jg diri baik2...






Ni la antara membe2 aku yg dapat melanjutkan pelajarannya ke universiti..
Aku sayang korang semua..
Jangan lupakan aku...
ANUAR,,AKMAL,,ADIBAH dan MARYAM...
dont forget me...
rindu korang semua..

Warkah dariku..
~ SHAHMIL ~

1 Sep 2012
8.45 p.m

Hak Cipta Terpelihara 2013

25 August 2012

Aku Ingin Menjadi Imam Yang Baik Untukmu



~ Assalamualaikum ~

Penat r...tapi aku tetap nk update blog jugak...
aku update blog mcm ni sbb aku impkan sebuah kehidupan sedemikian..n aku pcaya
semua org masing2 ada cita2 dan prncangan dlm kehidupan...
Ya Allah..dgrla rayuan hambaMu ni ya Allah...
Amin...


Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi kekosongan ini, sampaikanlah kepadanya..jika dialah yang terbaik untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana..jika dialah yang tertulis sebagai teman hidup dan matiku, panjangkanlah hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat.Di sisi ada "dia", akan ku tetap menunggu sehingga saat itu menjelma, moga dipermudahkan urusan ini ya Allah..


Kamu tahu satu-satunya alasan mengapa Allah memisahkan kita? kerana kita terlalu dekat, melampaui yang seharusnya.. 

Kamu tahu alasan mengapa Allah mencipta jarak antara kita? Kerana Allah ingin kita saling mendoakan, dalam jauhnya pandangan sekalipun.. 

Kamu tahu alasan munculnya kantung pada mata? Untuk membiarkannya terpejam,beristirehat dari memandangmu dalam nyata..


Cinta itu fitrah dan anugerah yang diberikan oleh Allah ke dalam hati hambaNya..jika dirimu menghormati anugerah ini, maka janganlah menodainya dengan hawa nafsu..kamu mencintainya, tapi juga harus memahami bahawa cinta tidak harus memiliki yang membuatkan dirimu berfikir untuk memiliki insan yang kamu cintai itu adalah nafsu.

Sesekali aku hanya ingin bicara, sekadarnya sahaja, tidak lama..setidaknya siapalah aku ketika kita bertemu mata..namun di balik telapak tangan ini, sebuah nama terukir indah..belum dapat ku baca, KATA Allah masih RAHSIA.

Ya Allah, sungguhpun aku tidak tahu siapa muslimah yang akan Engkau jodohkan kepadaku suatu hari nanti..namun, kurniakanlah iman dan ketaqwaan kepada muslimah itu agar bakal isteriku nanti adalah daripada golongan yang mentaatiMu dan bukanlah daripada golongan yang melanggar perintahMu..

amin..


Katakanlah yang mana lebih mulia?
Cinta yang diucapkan dengan PERKATAAN kerana NAFSU dan takut kehilangan ATAU cinta dalam DIAM yang dipendam kerana ingin saling menjaga kesucian?

Katakanlah yang mana lebih mulia?
Cinta yang diungkapkan dengan JALINAN mesra TANPA ikatan yang HALAL atau cinta dalam diam yang DITITIPKAN pada yang Maha MENGANUGERAHKAN?

Cinta.. Tak mengapa saat ini kita jauh, kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan suci

25/08/12
09.00 p.m





Hak Cipta Terpelihara 2013

21 August 2012

Aku dan Hari Raya

assalamualaikum....

apa khabar semua...??
hope you all sehat selalu..... macam mana raya korang tahun niii?? mesti banyak duit raya kan ?
siapa yang tahu rumah gua , datanglah beraya.rumah gua sentiasa terbuka untuk korang.
tapi duit raya untuk yang dah besar tu tak adalahh....huhuhuhuhu....
tapiiii.. tahun ni beraya lain sikit daripada tahun-tahun yang lepas.
Apa yang lain ekkkkkkkkkk ???? korang nak tahu tak??

actually,tahun nii raya tak best bagi gua sebab atuk dah tak ada . SO sadddd :'(
biasanyaaaa, time raya ada salam atuk tapi tahun ni tak ada. duit raya daripada atuk pun tak ada.
atuk jugak biasanyaaa ada bawak pergi jalan-jalan lepas sembahyang raya.rinduuu dengan atuk,
rindu dengan lawak dia,rindu dengan gelak tawa diaaa.tak apalah gua redha dia dah perg tinggalkan gua.
dah ketentuan ilahi kannnnnnnn?? =)

okayyy dah takada nak cakap apa. SELAMAT HARI RAYA, harap raya korang tahun niii meriah dan bahagia dengan family. 

baiiiiii.assalamualaikum =)


AINI   ZULFAHZILAH
1.45 PM
21/8/2012..





Hak Cipta Terpelihara 2013

08 August 2012

Aku dan Keupayaan Air Mata

 ~ Assalamualaikum ~

hello3...
mcm mana u all di bulan puasa ni??
Mesti ada yg dah ponteng kan..
hahaha..bg prempuan xpela..
Kali ni gua nk story mory sikit la..
nk dgr x??
xnk dgr,,meh sini..
gua tarik telinga..
haha

Jom dengar cerita gua..
kali ni gua nk storu about AIR MATA..
waa...gua menangis ke??
ke gua saja gedik2..haha
no laa...
Gua nk cerita bout fungsi air mata dr segi saintifik
dan fakta nya sekali..

sebenarnya, air mata merupakan senjata bagi perempuan untuk melemah kan pihak lawan. benarkah? pada gua rasanya macam tak benar ja sbb nya airmata susah sungguh nak mengalir. tapi it is normal jek sbb gland tu dah penoh kan, so kena lah menangis...
fungsi air mata adalah untuk membersihkan kornea mata dari habuk dan sekali sekala adalah perlu untuk dirembeskan..
Hati lelaki seperti peti besi, tempat menyimpan segala masalah. Lelaki lebih memilih bermain dengan fikirannya. Diam adalah cara dia untuk meraba jalan keluar. Masalah yang datang menerjang adalah makanan sehari hari yang harus ditelan.  Air mata lelaki mahal. Tidak mudah menitis walaupun perasaan bingung mengepung jiwanya. Tidak mudah menitis bila panik mencekik. Tapi mungkin  akan menitis perlahan saat menghambat dalam kerinduan. Menyepi dalam kepasrahan. Bertaubat akan jutaan kesalahan yang pernah dilakukan.



Cerita? bila-bila saja. kerana dia hanya akan bercerita bila memang ada peluang penyelesaian masalah dengan orang yang diajak berkongsi. Tidak sembarang orang dapat mendengar luahan hati. Tidak semua orang pula dapat mendengar masalahnya. Maka menyimpan masalah adalah lebih baik, daripada harus terbuka lorong hati sehingga lari kemana mana masalah peribadi.
Berbeza dengan perempuan. Hatinya tak mampu menahan persoalan persoalan. Bercerita, berbahagi, dan juga mengekspresikan diri dalam sikap dan tingkah laku, adalah hal yang biasa. Susah bagi wanita menyembunyikan perasaan.Apakah itu suka, benci atau sedih. Ingin rasanya seperti lelaki yang selalu pakai logik. Tetapi nampaknya perempuan memang berbeza. Dia lebih suka bicara pada hati dan komitmen. Bicara pada soal memiliki dan dimiliki. Tidak lagi bicara pada soal suka atau tidak suka semata.



Maka air mata bagi wanita adalah sebuah cara untuk mengungkapkan perasaan.
 Bahagia, haru, benci dan luka, menjadi sangat jelas terpancar pada linangan air mata dan isakan tangisnya. Maka bila memang itu terjadi, mereka hanya mahu didengar dan diperhatikan. Mahu dibantu dan diakui keberadaannya. Serta mahu sandaran, yang akan boleh menguatkan, langkah kaki kehidupan yang masih terus berjalan entah sampai bila..



haaa..ni la yg gua nk story ni...maaf kalau apa yg gua story ni

salah dan xbetul fakta nya..hahahah


so,,jumpa next time ok..
bye2..

6 ogos 2012
9.00 p.m


Hak Cipta Terpelihara 2013