Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Highlights copy

09 January 2012

Aku dan Hari Jadi

~ Assalamualaikum ~

Tepat jam 12.00 A.M tanggal 7 januari 2012...Genap umur aku 20 tahun...
aku macam tak percaya yg umur aku dh masuk 20..mksud aku di sini,,,
dh bukan umur belasan tahun lg....
Jd,,aku tanam azam yg baru sempena hari jd aku..tambahan pula sudah menjelang tahun baru...


Aku dah mula rasa hidup ini mula begitu sukar untuk ku tempuh satu per satu...
sbb???/
sbb aku perlu memikul tanggungjawab yg sangat besar tahun ni...
tanggungjawab ape,,,biarla aku je yg tahu...
tp...ape pn terjadi,,aku tetap meneruskan prjuangan atau misi hidup aku untuk mndapatkan segelung ijazah..
INSYAALLAH....

aku xdapat balas wish dan coment2 dr rakan fb sbb aku xpk ttg birthday aku...
tetapi aku pk yg aku ade kursus umrah...kebetulan kursus tu jatuh pd tarikh hari jadi aku...
aku rase mcm tak percaya ape yg berlaku pd aku..
adakah satu mimpi atau sebaliknya...??

pukul 9.30 pg,,aku terus g kursus umrah...
aku leke mndengarnye...dan secare jujur,,tetibe aku menitiskan air mate ku...
tanpa ayah aku mgetahui walaupun duduk sebelah aku...
aku sendiri tak tahu knp aku menitiskan air mate...
tapi,,aku prnah meluahkan kepada cikgu aku sewaktu aku berada di form 6 dahulu iaitu ABU MANSOR,,,
dia pernah bgtau kat aku
sbb ape ade mase kite tetibe mnagis tanpa sebab,,,
lalu die bg jwpn pd aku..

aku meluahkan kat dia waktu tu sbb aku tiap kali smbhyang akan menangis.tp xtau knp..
aku menadah tangan utk berdoa pn akn menitiskan air mta...lalu,,,,
aku dpt jwpnnye dr beliau...

pd pukul 11.00 pg hari yg same,,aku dpt pggilan dari kg yg nenek aku masuk hosp...
aku berase trkejut...kebetulan aku tengah  berada dalam
kursus umrah...

tanpa mmbuang mase,,aku terus balik rumah dan pack barang utk pulang ke kg...
ramai saudara mara yg balik...
aku melihatnya sangat lemah...
dia dibantu oleh alat pernafasan....
hampir 3 jam aku berada di hosp untuk melawat nenek aku...

Jadi,,,pd mlmnye.....aku baru menelefon kwn2 aku....
habis list phonebook aku2 call...heheh...
tp sape2 yg aku xcall tu mntk maaf la,..
trmasuk wish drpd fb yg lmbt aku balas coment..jgn mara ye..
TP,,aku dh balas hari keesokannya..

P/S''''''kesedihan,ketabahan,membuat aku mengenali
erti kehidupan sebenar''''''




Hak Cipta Terpelihara 2013

06 January 2012

Aku dan Sehari Lagi

~ Assalamualaikum ~


Kali ni aku nak bercerita mengenai hari jadi yang bakal menjelang pada esok hari. Pukul 12 tengah malam , tepat , aku akan genap 20 tahun dan semakin tua.Aku mengaku aku ni dah tua tapi muka still awet muda dan hati muda.hahaha.


Then,mase nak otong kek.,aku   berdiri kat depan and mase nak potong kek tu,menggeletar lutut aku sebab nervous.Nervous pasal ape pun aku tak tau.



mase darjah 5 or 6.Aku tak ingat.Tapi hati aku kuat mengatakan darjah 6 sebab mase party tu,ade sorang awek yang aku minat datang umah.Kire jiran ah.Satu tadika,satu skolah rendah.HAHAHAHA.Lawak gile bile ingat.Mase tu baru nak kenal dunie.Cinta monyet pun cinta monyet ah.Tapi tak berani ah nak approach sebab mak die kenal aku.kalau mak die tau aku tackle anak die,pastu bagitau kat mak aku,mau mampus aku.HAHAHA

Form 3,Form 4,Form5 masih sama cume a bit special sebab ade kekasih hati mase tu kan? HAHAHA. Form 5 aku terima wish daripada kawan – kawan aku semua melalui handphone n face to face..mereka tetap support kami dari belakang. Tak pernah merajuk dan sentiasa awet muda.haha.I love you lah kawan - kawan! hahaha

Then,tahun lepas aku sambut hari jadi aku dirumah sahaja.Semasa aku nyenyak tidur,aku terdengar suatu benda yang masuk ke dalam bilik aku..tapi aku buat tak endah…pada keesokan harinya,selepas sahaja aku bangun dari tidur untuk pergi ke sekolah,,,aku ternampak envelope warna cokelat..aku membuka untuk melihat isinya..Rupa – rupanya ayah aku memberi RM 100 kepada aku….aku sangat seronok mase tu…tak lupa juga kepada kawan kawan aku yg tidak berhenti henti wish befdey aku..aku saying korg sgt2…


Well then,sepanjang hidup aku,the best achievement aku semestinya SPM dan STPM,…. ..Orang kate,kalau tak rase susah,takkan sedar diri.SO,aku kena sedar diri bahawa aku ni seorang yang sangat pemalas and need some aprovement for myself.InsyaALLAH.Untuk hari jadi aku pada esok hari,aku mengharapkan hadiah dari kawan" aku :)



Hak Cipta Terpelihara 2013

04 January 2012

Aku dan Ex Gua

Asslammualaikum .
Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi dan aku tak masuk tidur lagi walaupun waktu aku masuk tidur dah lama lepas . Biasanya aku masuk tidur pukul 11-12 malam tapi malam ni aku tak tau dengan keadaan biologi aku . Mungkin tak berapa nak stabil…
Dan , salah satu kerja gila aku pagi" buta ni , aku ber Facebook dan aku post: "Is it okay to have a grudge on your ex for a long time?" . Dan orang pertama yang balas post aku ialah Mimie. Dia cakap "Jangan berdendam lama-lama . Tak baik" . And then , aku tanya balik , " Tak boleh ke? " . Mimie kata kalau berdendam lama" kira macam tak moved on .

So , apa pendapat kamu orang sume ? Kalau kamu ada grudge on your ex for a long period , is it a sign that you're not moved on your life ? Atau sebaliknya ?


Dalam kes aku , aku rasa aku dah moved on . aku tak amek kesah seciput pun pasal ex aku . aku tak kesah pun apa jadi dengan dia . aku rasa buang masa aku , buat sakit hati aku kalau aku pergi amek kesah pasal hidup dia . Sebab dia tak amek kesah pasal hidup aku .

Alkisah dendam aku dengan dia . aku dendam dengan dia sebab apa yang dia buat dengan aku . Itu aku dendam tapi dendam" aku pun , aku masih rasional . aku masih ada iman . Alhamdulillah . Kalau betul aku pegang dendam aku , dah lama aku pedajal dia . aku masih waras .

Dia minta maaf dengan aku . aku maafkan dia . Itu aku pasti .

p.s : Dendam buat aku jadi tabah .


Hak Cipta Terpelihara 2013

03 January 2012

Aku dan Cinta Monyet

~ Assalammualaikum dan selamat malam semua ~

Siapa pernah mengharungi cinta monyet?
Tak kira lah cinta yang macam mana,janji cinta monyet.
Apa itu cinta monyet?Siapa boleh terangkan pada aku?
Aku nak tengok samada kefahaman aku dengan kefahaman anda semua sama sahaja tentang cinta monyet.

Cinta monyet bagi aku ialah cinta yang lahir dari perasaan suka atau lebih spesifik,perasaan nak menggatal bagi budak-budak yang baru naik hormon.Tak kira lah testosterone atau pun estrogen.
Sama sahaja bagi aku.HAHAHA.Kisah cinta monyet bagi homosapien bernama Muhamad shahmil Mohaizat  bermula di sebuah sekolah rendah agamaKuala Kubu Bharut.Betul,di sekolah agama.Jangan terperanjat rakan-rakan.

Seorang perempuan yang bernama Nurul Atiqah bt Kassim
Aku ingat lagi budak perempuan ni satu kelas dengan aku dari darjah 4 sampai darjah 6 di sekolah agama.
Dan bagi aku,budak perempuan bernama Atiqah ini lah antara sebab aku jadi semangat nak pergi sekolah agama walaupun sekolah agama bermula pada pukul 2 iaitu waktu matahari tengah terik.Memang kalau nak difikirkan,memang sangat malas nak pergi sekolah agama ditambah pula dengan drama Roda – Roda Kuala Lumpur tengah panas disiarkan di TV2.Memang meruap-ruap nafsu untuk tidak ke sekolah agama.

Namun,atas dasar nak menggatal yang membukit,aku gagahkan juga diri untuk ke sekolah agama.Nothing special about this girl but she did has something.HAHAHA.Kawan-kawan aku semua pernah berkata : "Atiqa tu lawa ke?" dan aku cuma tersenyum.Aku dan Atiqah tidak pernah ada apa-apa tapi apa yang aku pasti,Atiqah tahu yang aku sukakan dia.Biasalah,masa kanak-kanak,tak pernah rasa malu.Balun sahaja apa yang rasa disukai.

Dan aku masih ingat lagi,semasa aku tinggal dirumah murah pdg tembak.
Kemungkinan masa itu aku berumur 11 tahun,darjah 5.Kalau aku tak silap.
seorang kanak-kanak perempuan bernama Hana Izzati..Aku dan dia kawan biasa.Kemudian,suatu detik izzati memanggil aku untuk pergi melepak di suatu bangku.Aku dengan berambut belah tengah dan berseluar jeans pada waktu itu , Izzati membuka topik kekasih.Aku mula tidak selesa.Dia bertanya , " shahmil tak de makwe?" Kebetulan masa itu,aku tengah suka sama atiqah dan walaupun tiada apa" perhubungan , aku pun menjawab " Dah ade.Izzati ade suke sape" ke?" . Dengan selamba dia menjawab , " Orang tu tengah berambut belah tengah dan berseluar jeans." Aku terkejut dan aku beredar macam tu sahaja.

Mungkin semasa aku kanak-kanak,aku seorang yang kacak bergaya namun semakin aku membesar dan tua,aku rasa aku semakin menjadi seorang yang "loser".HAHAHA.Almaklumlah,sentiasa ditinggal-bodoh .

Bila aku ingat kembali zaman jahil dalam bab bercinta,aku tersenyum dan bagi aku,itu antara kenangan manis yang aku akan sedaya upaya untuk aku kenang.








p.s : Anda semua macam mana?


Hak Cipta Terpelihara 2013

02 January 2012

~ Assalammualaikum ~

Takdir adalah ketentuan suatu peristiwa yang terjadi di alam raya ini yang meliputi semua sisi kejadiannya baik itu mengenai kadar atau ukurannya, tempatnya maupun waktunya. Dengan demikian segala sesuatu yang terjadi tentu ada takdirnya, termasuk manusia.

Maksud takdir yang aku copy and paste dari Wikipedia.
Kenapa aku nak menulis pasal takdir? Tadi aku menonton video klip mengenai Bersih 2.0 dan klip tu ada menunjukkan seorang pakcik tua yang terkena sawan ketika dalam perhimpunan tu.Pakcik tu diikat semasa dia sedang mengalami sawan.Polis-polis disekeliling hanya memandang.Seperti ingin melepaskan tanggungjawab.Aku tersentap.Sangat tersentap.Hanya selepas hampir setengah jam,barulah sebuah kereta polis datang dan membawa pakcik itu pergi.

Kemudian,aku membaca komen-komen dari rakyat Malaysia mengenai video tersebut.
Pelbagai komen dan pendapat yang diutarakan namun aku tertarik kepada suatu komen yang menyebut "Kalau pakcik tu mati,itu namanya takdir tuhan."
Ya! Memang ajal maut,rezeki,jodoh itu di tangan Yang Maha Kuasa dan aku mengaku itu.
Tetapi,tidakkah kau tak boleh berfikir bahawa IKHTIAR itu masih ada? Di mana KUDRAT pihak berkuasa untuk menolong pakcik yang sedang sakit itu ?
Selagi ada jalan,selagi ada cara,selagi itu kita patut cuba.Bukan sekadar menyerah pada nasib.

Ustazah aku selalu berpesan pada aku : "Usaha,ikhtiar,berdoa dan bertawakal.Kamu tak boleh hanya bertawakal tanpa berusaha.Itu salah ." Suatu analogi aku bentangkan.
Tangan kau di atas meja dan pisau datang ingin memotong tangan kau.Apa tindakan kau?
Semestinya kau akan menarik tangan kau.Bukan sekadar "Aku reda dengan takdir."
Tidak sama sekali bukan ? Aku jamin kau akan tarik tangan kau sebelum dipotong.
Kalau tanpa ikhtiar untuk menarik tangan dan hanya menyerah pada takdir,sudah PASTI tangan kau akan terbahagi dua.

"Selagi manusia belum menghadapi peristiwa tersebut, mereka masih boleh mengubah nasib hidup mereka sebagaimana pendapat Syeikh Abdul Qadir Jailani yang mengatakan manusia boleh menolak kesakitan dengan memakan ubat, penderitaan dengan kegembiraan, kekalahan dengan usaha dan perjuangan"

Itu yang aku maksudkan.Ikhtiar,usaha sebelum kau menyerah.Tuhan tidak akan sama sekali memberi apa yang kau mahu selagi kau tidak berusaha.Berbalik kepada kisah pakcik tua tadi,apakah dengan hanya berkata " Kalau nak mati kat situ,mati jugak dia " , membolehkan kau menyerah pada takdir sebelum berusaha apa-apa? Mengapa polis yang ada sekeliling tidak membuka tali yang mengikat tangan pakcik itu ? Mengapa mereka menyatakan mereka tiada "tools" untuk membukanya sebelum pakcik itu benar-benar mati di situ? Oh aku terlupa . Terserah pada takdir .

Begitu salah pemahaman segelintir masyarakat kita sekarang . Mereka sewenang-wenang berkata , sudah takdir apa boleh buat , walhal mereka tak benar-benar faham .
Dan kalau aku dibenarkan untuk berkata pada mereka , "Jikalau orang yang kau sayang sedang nazak di depan mata kau , dan aku sebagai doktor berkata pada kau sudah takdir orang yang kau sayang akan mati sebentar lagi , apa tindakan kau ? " . Takdir seseorang memang telah ditulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi namun kau boleh mengubah takdir kau selagi sesuatu itu belum terjadi. Itu sudah pasti .

Jodoh,ajal,rezeki itu memang hak mutlak Tuhan tetapi Tuhan beri kita peluang untuk memastikan kita berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang senang dan selesa tak kira di dunia atau di akhirat.Konsepnya sangat senang dan mudah.Usaha dan tawakal.Jika A yang kau mahu,usahalah ke arah A.Kemudian berdoa pada Tuhan agar kau mendapat A.Jikalau bukan A yang kau perolehi,ingat bahawa Tuhan Maha Mengetahui dan mungkin A bukan yang terbaik buat kau.

Aku bukan orang yang alim,bukan pakar dalam ilmu agama,tetapi sebagai manusia,sepatutnya kita faham maksud TAKDIR itu.Fahami konsep itu.







Hak Cipta Terpelihara 2013

01 January 2012

Hodoh atau cantik???

Cantik atau hodoh.
Yang mana satu ?
Cantik kah ? Hodoh kah?
Mengapa cantik dan mengapa hodoh ?
Apa kerana hanya luaran?
Cantik maka cantik lah.
Dan jika hodoh akan terus hodoh.

Pernahkah kau terfikir cantik tetapi hodoh ?
Pernahkah kau terfikir hodoh tetapi cantik ?

Aku tetap manusia dan kita juga manusia.
Masih lemas dalam lumrah alam.
Hanya cantik yang diperjuang,
dan hodoh diketepikan.
Sang muda mahupun sang tua,sama sahaja.
Di mata Nya , tiada beza.
Yang berbeza , hanya kita .


Hak Cipta Terpelihara 2013

Hati aku dan Hati Engkau

~ Assalammualaikum ~

Dah dekat setahun selepas aku kena tinggal dengan bekas kekasih dan alhamdulillah , aku boleh harung segala . Hampir setahun , aku seorang . Bukan nak simpati , cuma aku tak biasa sendiri . Dalam setahun , kawan-kawan peneman hidup . Aku bersyukur kerana ada kawan-kawan yang setia .

Tahun lepas , pada masa aku hampir ke Final Exam  di lower PPU , aku ditinggalkan . Sama juga masa Sijil Pendidikan Malaysia , aku ditinggalkan bila sudah dekat masanya dengan peperiksaan . Aku tempuh peperiksaan dengan rasa tak puas hati . SPM aku masih mampu , cuma di PPU , aku gagal.. .

Sekarang , aku lebih selesa sendiri . Lebih selesa mengawal diri . Lebih suka layan perasaan sendiri . Aku bebas dengan kehendak diri . Tak ada lagi komitmen yang luar dari diri sendiri . Perasaan suka terhadap orang lain tetap ada tetapi aku tahan . Aku pendam . Bukan masanya lagi , aku rasa .

Pada masa aku dapat tawaran ke PPU, aku berfikir tiada lagi masalah perasaan . Hanya kawan-kawan dalam hidup aku . Itu yang pasti . 

Liyana, kawan terbaik aku. Kemana aku pergi , kemana aku ada , ada Liyana . Aku tahu apa yang orang lain sangkakan . Aku teman lelaki Liyana . Tidak . Aku hanya kawanliyana. Sekali dua aku akan terangkan pada sesiapa yang salah sangka , namun sekarang tidak lagi . Aku dah penat mahu menerangkan . Biarlah mereka dengan tangggapan mereka . Liyana tahu apa yang aku lalui .

Aku dan Liyana ? Mana mungkin . Itu yang pasti .

Adik yang manja . Itu yang aku anggap selama ini . Aku beri layanan yang baik seperti abang yang mengambil berat tapi perasaan itu tak boleh dihalang . Perasaan datang tanpa dipaksa dan aku tak salahkan dia . Mungkin apa yang aku lakukan,katakan menimbulkan perasaan itu . Maafkan aku . Dia ada hak dan aku ada hak untuk membantu dia mencapai impian . Aku tak mahu kerana aku , dia hilang cita-cita . 

Kalau pun , aku terima , aku bukan yang terbaik . Aku tahu itu . Aku lelaki dan aku tahu apa itu lelaki . Biar kau terus berlari , kejar impian . Aku bukan siapa-siapa untuk ditoleh . Aku tetap di sini .

Pada dia yang aku suka , aku tak berani untuk luahkan . Aku tahu siapa aku dan aku tak layak . Kau di atas . Takkan tercapai . Biar aku latih diri agar bertahan . Masa depan , siapa yang tahu . Ada jodoh , kau dan aku takkan kemana-mana . InsyaALLAH .



Hak Cipta Terpelihara 2013