~ Assalammualaikum ~
Takdir adalah ketentuan suatu peristiwa yang terjadi di alam raya ini yang meliputi semua sisi kejadiannya baik itu mengenai kadar atau ukurannya, tempatnya maupun waktunya. Dengan demikian segala sesuatu yang terjadi tentu ada takdirnya, termasuk manusia.
Maksud takdir yang aku copy and paste dari Wikipedia.
Kenapa aku nak menulis pasal takdir? Tadi aku menonton video klip mengenai Bersih 2.0 dan klip tu ada menunjukkan seorang pakcik tua yang terkena sawan ketika dalam perhimpunan tu.Pakcik tu diikat semasa dia sedang mengalami sawan.Polis-polis disekeliling hanya memandang.Seperti ingin melepaskan tanggungjawab.Aku tersentap.Sangat tersentap.Hanya selepas hampir setengah jam,barulah sebuah kereta polis datang dan membawa pakcik itu pergi.
Kemudian,aku membaca komen-komen dari rakyat Malaysia mengenai video tersebut.
Pelbagai komen dan pendapat yang diutarakan namun aku tertarik kepada suatu komen yang menyebut "Kalau pakcik tu mati,itu namanya takdir tuhan."
Ya! Memang ajal maut,rezeki,jodoh itu di tangan Yang Maha Kuasa dan aku mengaku itu.
Tetapi,tidakkah kau tak boleh berfikir bahawa IKHTIAR itu masih ada? Di mana KUDRAT pihak berkuasa untuk menolong pakcik yang sedang sakit itu ?
Selagi ada jalan,selagi ada cara,selagi itu kita patut cuba.Bukan sekadar menyerah pada nasib.
Ustazah aku selalu berpesan pada aku : "Usaha,ikhtiar,berdoa dan bertawakal.Kamu tak boleh hanya bertawakal tanpa berusaha.Itu salah ." Suatu analogi aku bentangkan.
Tangan kau di atas meja dan pisau datang ingin memotong tangan kau.Apa tindakan kau?
Semestinya kau akan menarik tangan kau.Bukan sekadar "Aku reda dengan takdir."
Tidak sama sekali bukan ? Aku jamin kau akan tarik tangan kau sebelum dipotong.
Kalau tanpa ikhtiar untuk menarik tangan dan hanya menyerah pada takdir,sudah PASTI tangan kau akan terbahagi dua.
"Selagi manusia belum menghadapi peristiwa tersebut, mereka masih boleh mengubah nasib hidup mereka sebagaimana pendapat Syeikh Abdul Qadir Jailani yang mengatakan manusia boleh menolak kesakitan dengan memakan ubat, penderitaan dengan kegembiraan, kekalahan dengan usaha dan perjuangan"
Itu yang aku maksudkan.Ikhtiar,usaha sebelum kau menyerah.Tuhan tidak akan sama sekali memberi apa yang kau mahu selagi kau tidak berusaha.Berbalik kepada kisah pakcik tua tadi,apakah dengan hanya berkata " Kalau nak mati kat situ,mati jugak dia " , membolehkan kau menyerah pada takdir sebelum berusaha apa-apa? Mengapa polis yang ada sekeliling tidak membuka tali yang mengikat tangan pakcik itu ? Mengapa mereka menyatakan mereka tiada "tools" untuk membukanya sebelum pakcik itu benar-benar mati di situ? Oh aku terlupa . Terserah pada takdir .
Begitu salah pemahaman segelintir masyarakat kita sekarang . Mereka sewenang-wenang berkata , sudah takdir apa boleh buat , walhal mereka tak benar-benar faham .
Dan kalau aku dibenarkan untuk berkata pada mereka , "Jikalau orang yang kau sayang sedang nazak di depan mata kau , dan aku sebagai doktor berkata pada kau sudah takdir orang yang kau sayang akan mati sebentar lagi , apa tindakan kau ? " . Takdir seseorang memang telah ditulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi namun kau boleh mengubah takdir kau selagi sesuatu itu belum terjadi. Itu sudah pasti .
Jodoh,ajal,rezeki itu memang hak mutlak Tuhan tetapi Tuhan beri kita peluang untuk memastikan kita berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang senang dan selesa tak kira di dunia atau di akhirat.Konsepnya sangat senang dan mudah.Usaha dan tawakal.Jika A yang kau mahu,usahalah ke arah A.Kemudian berdoa pada Tuhan agar kau mendapat A.Jikalau bukan A yang kau perolehi,ingat bahawa Tuhan Maha Mengetahui dan mungkin A bukan yang terbaik buat kau.
Aku bukan orang yang alim,bukan pakar dalam ilmu agama,tetapi sebagai manusia,sepatutnya kita faham maksud TAKDIR itu.Fahami konsep itu.
Hak Cipta Terpelihara 2013
No comments:
Post a Comment