Assalammualaikum dan selamat malam semua.
Siapa pernah mengharungi cinta monyet?
Tak kira lah cinta yang macam mana,janji cinta monyet.
Apa itu cinta monyet?Siapa boleh terangkan pada aku?
Aku nak tengok samada kefahaman aku dengan kefahaman anda semua sama sahaja tentang cinta monyet.
Cinta monyet bagi aku ialah cinta yang lahir dari perasaan suka atau lebih spesifik,perasaan nak menggatal bagi budak-budak yang baru naik hormon.Tak kira lah testosterone atau pun estrogen.
Sama sahaja bagi aku.HAHAHA.Kisah cinta monyet bagi homosapien bernama Muhamad shahmil Mohaizat bermula di sebuah sekolah rendah agamaKuala Kubu Bharut.Betul,di sekolah agama.Jangan terperanjat rakan-rakan.
Seorang perempuan yang bernama Nurul Atiqah bt Kassim
Aku ingat lagi budak perempuan ni satu kelas dengan aku dari darjah 4 sampai darjah 6 di sekolah agama.
Dan bagi aku,budak perempuan bernama Atiqah ini lah antara sebab aku jadi semangat nak pergi sekolah agama walaupun sekolah agama bermula pada pukul 2 iaitu waktu matahari tengah terik.Memang kalau nak difikirkan,memang sangat malas nak pergi sekolah agama ditambah pula dengan drama Roda – Roda Kuala Lumpur tengah panas disiarkan di TV2.Memang meruap-ruap nafsu untuk tidak ke sekolah agama.
Namun,atas dasar nak menggatal yang membukit,aku gagahkan juga diri untuk ke sekolah agama.Nothing special about this girl but she did has something.HAHAHA.Kawan-kawan aku semua pernah berkata : "Atiqa tu lawa ke?" dan aku cuma tersenyum.Aku dan Atiqah tidak pernah ada apa-apa tapi apa yang aku pasti,Atiqah tahu yang aku sukakan dia.Biasalah,masa kanak-kanak,tak pernah rasa malu.Balun sahaja apa yang rasa disukai.
Dan aku masih ingat lagi,semasa aku tinggal dirumah murah pdg tembak.
Kemungkinan masa itu aku berumur 11 tahun,darjah 5.Kalau aku tak silap.
seorang kanak-kanak perempuan bernama Hana Izzati..Aku dan dia kawan biasa.Kemudian,suatu detik izzati memanggil aku untuk pergi melepak di suatu bangku.Aku dengan berambut belah tengah dan berseluar jeans pada waktu itu , Izzati membuka topik kekasih.Aku mula tidak selesa.Dia bertanya , " shahmil tak de makwe?" Kebetulan masa itu,aku tengah suka sama atiqah dan walaupun tiada apa" perhubungan , aku pun menjawab " Dah ade.Izzati ade suke sape" ke?" . Dengan selamba dia menjawab , " Orang tu tengah berambut belah tengah dan berseluar jeans." Aku terkejut dan aku beredar macam tu sahaja.
Mungkin semasa aku kanak-kanak,aku seorang yang kacak bergaya namun semakin aku membesar dan tua,aku rasa aku semakin menjadi seorang yang "loser".HAHAHA.Almaklumlah,sentiasa ditinggal-bodoh .
Bila aku ingat kembali zaman jahil dalam bab bercinta,aku tersenyum dan bagi aku,itu antara kenangan manis yang aku akan sedaya upaya untuk aku kenang.
p.s : Anda semua macam mana?
Hak Cipta Terpelihara 2013
No comments:
Post a Comment