Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Highlights copy

19 May 2013

Aku Dan Sepucuk Surat

~ Assalamualaikum ~

Lama betul rasa tak update blog ni...
Semenjak dua menjak ni,,,rasa malas nak hadap laptop...
kadang2 je bukak..tu pun kalau rajin nak online..
dah malas la nak facebook ke,,blog ke,,

Wahai shahmil,,,
kembalikan semangat andda untuk online semula..
hahaha..
dah3..mengarut semua ni..

So nak tahu tak tajuk apa utk kali ni...?
tajuknya ialahhhhhhh,,,
SEPUCUK SURAT...
hamboyy,,,main surat2 pulak ye..hahaha...
jom baca...

Sepucuk surat ini tidak pernah terjawab
kerna isi kandungannya teramat pilu
ada sembilu yang menusuk kalbu..


Sepucuk surat ini adalah robekkan kenangan
yang merebahkan mimpi dijejari malam
pada dinihari yang lewat
seperti sedang menganyam kepedihan ingatan itu
untuk dibawa pulang buat selamanya...


Sepucuk surat ini sesungguhnya
adalah warkah sepi seorang pesakit
terhimpun seluruh kedukaan hidup
sarat digalas membebani hayatnya...

Sepucuk surat ini sebenarnya
adalah titipan sepi dan rindu
membalut hiba bersulam harap
menghimpun api cinta yang membara
dan rindu dendam yang menyala
buat seorang ibu kandung
yang telah sekian jauh melupakan
dihujung bibir yang terketar dan lesu
masih mampu membisikkan namanya
hingga kesaat akhirnya
harapan itu hanyalah menjadi cebisan
mimpi-mimpi luka
seperti sekujur tubuh
terbaring dan terbuang
menunggu mati....


dan...sepucuk surat itu
tidak mungkin terjawab lagi.....

Harap kawan2 faham apa yg saya sampaikan...
ok guyss...jumpa di lain hari ok..

11.00 p.m
19/05/2013

~ Assalamuaalaikum ~

Hak Cipta Terpelihara 2013

18 April 2013

Kata Hatiku

~ Assalamualaikum ~

hyepp..
bertemu kembali kita di dalam blogger..
haha..
kali ni mu entry pendek je..
Pleasseeee
luangkan masa seminit je bersama saya..
cewahhh...

hahaha..
btw,,entry kali ni bertajuk
KATA HATIKU..

KATA HATIKU
Sayang!
dekatkan hatimu dgn hatiku
hatiku ingin menyatakan sesuatu
aku tidak mencintai mu hingga ke hujung nyawa
tapi aku mencintai mu selamanya
hingga ke alam abadi
walau jasaku terkubur
masih ada rinduku padamu.

pendekk je kan..
haha..
so ini ialah
KATA HATI SAYA..

Hati orang lain,,saya tak tahu..
lain orang lain hatinya..

ok kawan kawan..
jumpa di masa akan datang..
18/04/2013
09.00 p.m

~ Assalamualaikum ~

Hak Cipta Terpelihara 2013

13 April 2013

Aku dan Adik yang Senget...

~ Assalamualaikum ~

sebelum tu,,mintak maaf kawan2 sebab saya
dah lama betul xupdate blog...
Disebabkan my broadband lembab nak mampus tahap kura2,,,
jadi,,saya xblh nk post segala entry yg keluar di benak fikiranku..

sepanjang 2 minggu lebih ni,,
mcm2 nak share story..
so d sebabkan my broadband ni laju sikit,,
saya pun xkan lpaskan ksempatan yg ada..
haha..

ok,,
my entry harini ialah
ADIK YANG SENGET..
hahaha..




Dah tengok kan gambar2 ni semua..
Nama senget ni ialah INANI AISYAH...
Umur dia 20 tahun..
Ketinggian 157sm
Berat 52kg..

hahaha..
nope la..sebenarnya dia ni my junior waktu di 
pengajian pra-universiti dulu..
1st tgk dia ni time jamuan prpisahan saya sempena tahun akhir disekolah tu..
ternampak dia betul2 di pintu dewan..
hehe..

Special frend??
xla..biasa je..
cuma perwatakan dia je yg buat trtarik tu..
contohnya??
dia ni harap je umur dah lebih,,tp perangai dia mcm budk2 13 tahun..
hahaha

But sebelum berlakunya jamuan prpisahan tu,,
saya banyak kali selisih dgn dia,,
just snyum2 mcm tu je..
dia pulak bg respon..
hahaha..

Woi shahmil!!!
kamu tu nak exam dah...
fokus pd exam ok..
bukan perempuan..
( sambil monolog )

ok fine..
jgn layan perasaan yg lebih2...
takut dibuai lena mimpi yg tiada penyudahannya..
cukup sekadar hiburan,,senda gurauan,,dan lain2..
hohoho..

tp serius,,dia just adik atau junior yg blh buat kwn..
Junior perempuan yg lain lain semua sombong belaka..
senyum pun xnk balas..
igt saya senyum,,nak mengorat ke..
heyy budak2 sekarang..

Tp xsemuanya..
Ada yg ok..Ada yg terlebih peramah..
sampai saya pulak malas nak layan..
hahahhaah...

Dia ni suka merepek..
Then dia boleh ckp saya ni suka gelak je..
ckp sikit gelak..
ckp saya gila...
erghhh!!!!...

Pk kecik je...
kalau besar,,,nak je jadikan mcm bola rugby..
hahahah..


Ni bersama Bonda tercinda beliau..
muka xsama kan...hahaha..
Ikut ayah dia kot..

okla..itu je nak cerita pasal budak yg xberapa nak hot ni..
mulut joyah..
hahaha..banyak lagi sbnrnya story pasal dia ni..
tp xpela..
ok la..
byee

13/04/2013
5.50 p.m


~ Asssalamualaikum ~

Hak Cipta Terpelihara 2013

29 March 2013

Aku dan Luruhkan Egomu

~ Assalamualaikum ~

Wee Wee Wee...
( nada angry bird )..
haha..
So how are you guys...

Harini nak story tentang ape ye si shahmil yg poyo ni..
hahaha...
cubala teka..
hahah..
dah terang lagi bersuluh..
dah tentu tajuknya dah tulis kat atas tu kan...
hoho..

Tajuknya ialah,,,
LURUHKAN EGOMU...
hmmm bg saya,,,tajuk yg saya reka ni agak mendalam..
Tapi,,entry atau idea yg saya tulis ni mgkin xmendalam maksudnya..
Apa pun,,cubalah baca dulu entry saya ni..
xpanjang pun entry nya...

JOm......

'
'
'
'
'

Paling terbaik dalam setiap perhubungan adalah berbincang.... cari kesalahan & perbaiki diri..

tetapi jika ada 'EGO' yg menguasai diri...
segalanya menjadi tidak bermakna ...
Janganlah terlalu merasakan kita telah mempunyai

segalanya lalu rasa sombong menghias diri...
sedarlah betapa kita tidak pernah sempurna
sesungguhnya kesempurnaan itu milik ALLAH swt... 

cuba adaptasikan gambar di bawah ni...
macam2 kita boleh andaikan..

jadi,,terima kasih kerana sudi membaca entry ssaya pada kali ini..

Photo: Paling terbaik dalam setiap perhubungan adalah berbincang.... cari kesalahan & perbaiki diri...
tetapi jika ada 'EGO' yg menguasai diri...segalanya menjadi tidak bermakna ...
Janganlah terlalu merasakan kita telah mempunyai segalanya lalu rasa sombong menghias diri...
sedarlah betapa kita tidak pernah sempurna
sesungguhnya kesempurnaan itu milik ALLAHswt

10.00 a.m
29/03/2013

~ Assalamualaikum ~




Hak Cipta Terpelihara 2013

27 March 2013

Aku dan Perasaan

~ Assalamualaikum ~

Malam ni nak update tentang perasaan la..
Sedihh ye shahmil...
ehh x x x...
just nak mention tentang perasaan...

setiap insan yg dilahirkan mesti mempunyai 
perasaan kan..sama ada perasaan tu sedih,,gembira,,
marah,,bengang dan macam2..
so mlm ni nak story sikit ttg perasaan ni..

Melepasi satu angka usia yg semakin dewasa menjadikan diri semakin pasrah 
dengan segala ketentuan yg telah ditakdirkan...  
Bukan mudah dalam merelakan.. hati seperti tidak mahu melepaskan... 
 melayan cerita semalam yang semakin jauh kebelakang 
menjadikan kita terhukum dengan beban yang bukan kepalang..

Beratnya kenangan ini untuk digalas...mahu dibuang terasa sayang... 
Betapapun sakit, disini masih ada harapan yang belum pudar. 
Dakilah walaupun kaki terasa penat... 

Ayuh hati... bantulah diri tuanmu. Jangan biarkan diri lesu, semangat yang secubit masih 
boleh menyedapkan harapan. Kalaulah hilang, boleh dicari.. maka carilah... selagi daya..
Semalam yang hadir dengan airmata.... 
hari ini lepaskan perlahan dengan doa...

Jadi,,
ini jela story yg saya nak mention tentang perasaan..
Harap rakan rakan semua faham dgn apa yg saya cuba sampaikan..
Nantikan entry saya seterusnya..
InsyaAllah...

11.30 p.m
26/03/2013

~ Asssalamualaikum ~



Hak Cipta Terpelihara 2013

24 March 2013

Aku dan Harapan

~ Assalamualaikum ~

Hye guys..
malam ni nak update tentang 
HARAPAN...

Saya yakin,,rakan yg lain mesti
banyak mangharapkan sesuatu kan...
ataupun harapan yg akan dilaksanakan..

Tapi kali ni,,
saya nak cerita tentang harapan yg saya maksudkan..
Rasa2 apa ye....

Hari ini adalah semalam yang telah kita lalui
andai apa yang kita usaha tapi tidak lagi kita nikmati hari ini
usah lah kecewa
kerana lumrah dalam dunia ini
apa yang dihajati tidak semua diperolehi .

Syukur lah apa yang di perolehi
jangan berputus asa
menadah tangan pada ILLAHI .

Hari ini adalah esok yang bakal datang
teruskan usaha
pertingkatkan keupayaan .

Berdoalah pada TUHAN semoga besok puncak kejayaan
Dan tidak lupa , merayu pada TUHAN , agar esok kita masih lagi ada .

Tangan ku berbahasa dengan hati ku
moga aku tidak lupa ........

09.00 p.m
24/03/2013

~ Assalamualaikum ~



Hak Cipta Terpelihara 2013

23 March 2013

Aku dan Kematian

~ Assalamlualaikum ~

Hye rakan blogger ku...
saya muncul kembali..
hehe
Sorry ye..rasa malas nk update blog even 
idea,,ilham dan segalanya mencurah2 ke dalam fikiranku..
Tetapi apakan dayaku yg sifat "M" tu tidak mampu
ku lawan..

Tidak lupa jugk rakan FB yg hntar PM,,yg saya lmbat balas,,
mintak maaf ye...malas nak bukak fb dah sbenarnye...
hehe...

Ok kali ni,,saya nak cerita tentang kematian..
OMG.knp pulak ni tiba2 cerita pasal kematian ni...
Hmmm biar saya jela yg tahu cerita sbnrnye ok..
Cuma nak simpulkan disebalik cerita kematian ni..

Nyawa tidak lagi ada pada badan ,
anggota badan tidak lagi boleh bergerak ,
Orang lain lah yang tolong ,
memandikan ,
menyelimutkan dengan kain putih ,
sembahyangkan ,
dan kuburkan .

Mana lagi boleh makan dan minum ,
sudah jadi makanan cacing dan ulat .

mana boleh nak sembahyang lagi ,
mana boleh nak bersedekah lagi .
sudah terlambat .........

doa anak anak yang soleh ,
kebaikan dan ilmu baik yang di tinggalkan ,
kepatuhan pada suruhan dan larangan Tuhan semasa hidup ,
Semua nya menjadi teman yang sejati .

ayat ayat mudah ini ,
semua nya ,
sudah di fahami ,
dan pasti engkau engkau lebih memahami .
saja aku tulis untuk ingatkan diri aku .

Ada hidup ada mati ,
Ada syurga ada nuraka .
pernah kah ada dua mayat di dalam satu selimut putih untuk di kuburkan ???
Sediakan lah teman untuk alam kubur nanti .

Kita tahu siapa yang telah mati .
Kita tidak tahu siapa akan mati selepas itu .......

Kita boleh sediakan batu nisan untuk kita ,
tapi tidak dapat menulis tarikh kematian kita .


03.00 p.m
23/03/2013
~ Assalamualaikum ~





Hak Cipta Terpelihara 2013