Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Highlights copy

27 October 2014

Aku dan Pasrah...

~ Assalamualaikum ~

Tergaja dari tidur,,
terus capai laptop di atas meja..
Hati ingin membuat sesuatu tetapi apakan daya
disaluti dengan kepenatan yg melanda diriku seharian
dengan aktiviti di kampus.

Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi...Yang melanda sepi
Alam bisu...Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori..Ingin ku melangkah

Membawa diri..Kerna cinta..Yang dikhianati
Luka rasa untuk menghadapi
Pengorbanan tidak dihargai..

Kini aku… 
Pasrah
Dengan segalanya..Kepedihan itu
Masih terasa..Apakah salahku..Apakah dosaku
Tuhan berilahku petunjukmu
Redha dengan kehendakmu

Cukup kali ini
Kau menyakiti..Berulangkali
Tak usahlah kembali....Dengan rela hati
Melepas kau pergi



Hanya sebuah illusi..

11.40 p.m
26/10/2014
Shahmil




Hak Cipta Terpelihara 2013

24 October 2014

Aku dan Ingin Tahu....

~ Assalamualaikum ~

........
Tiada ungkapan yg boleh ku ungkapkan
melainkan hanya bersabar dan terus bersabar.
Hanya kekuatan kesabaran sahaja boleh ku pertaruhkan
dalam diri ini agar boleh terus hadapi segala dugaan dan cabaran.

Tidak Sukar Untuk Ku Membaca Hati Mu
Bila Mata Lebih Lantang Bersuara
Apa Kupercaya Dedaun Mekar Di Pepohon
Rupanya Gugur Di Musim Luruh
Dalam Diam Cinta Kau Merubah Hati
Dalam Diam Persimpangan Menanti
Bila BerdamPingan Jalinan Mesra Tiada Lagi
Tiada Sinar Kasih Menyinari....
Mungkin Diri Mu Dah ada Pengganti
Yang Melukis Senyuman Hati Mu Dah Dicuri
Mungkin Juga Diriku Sudah MenyusahKan Tidak Sempurna Lagi
Apakah itu di  Hati?

Demi Kasih Kita Katakan Sayang
Hanya Awan Mendung Yang Kan Menanti Kita
Tak Guna Berpura Jika Hati Tawar
Demi Kasih Kita Ikhlas kePadaku
Masih Kah Punya Ruang di Sudut Hati Mu
Atau Dah Tertutup Pintu Di Hati Mu
Katakan Ku Ingin Tahu 
Kearna Masih Sayang Kan Mu
Dah Ku Faham Bibir Enggan Berbicara
Mungkin Tak Sanggup Lihat Ku Kecewa
Setelah Sekian Lama Impian Di Bina Bersama
Namun Takdir Punya KisaH Berbeza
Tak Ku Bayang Pedih Rasa Di Hati
Tak Pernah Ku Alami Tak Boleh Di Ubati
Tanpa Mu Di Sisiku bagi hilang punca
Ku Hilang Segalanya Hanya Kau Saja Ku Cinta..


Hanya sebuah nukilan...

8.37 p.m
24/10/2014
Shahmil




Hak Cipta Terpelihara 2013

18 October 2014

Aku dan Hiba Meniti Hari

~ Assalamualaikum ~

Hello semua...buat apa tu??
Harap rakan semua dlm keadaan sihat dan sejahtera..
Semenjak kebelakangan ni,,,
aku mendapat perkara buruk yg menimpa hidup aku...

Betul org cakap,,
Allah itu maha adil..maha mengetahui hambaNya..
everything Allah tahu apa kita buat di muka bumi ini..
Hiba meniti hari...

Tah Apa Silapnya
Tah Dimana Salahnya..Aku Tak Tahu..
Hiba Dikatakan..Dituduh Begitu
Tak Disangka Sangka

Begitu Rendahnya
Aku Dimatanya
Tapi Semua Ku Telan
Walaupun Begitu Pahit

Apa Salahku..
Apa Dosaku..
Tapi....
Tahlah.....
Semua Aku TerimaDengan Lapang Dada..
Tabahknlah Hati Aku
Kuatkanlah Semangatku....

Kini,,semua sudah terbukti..
Tapi masih boleh tersenyum..
Walaupun pahit ku telan semua ni...

Shahmil
11.24 p.m
17/10/2014








Hak Cipta Terpelihara 2013

10 October 2014

Aku..........


~ Assalamualaikum ~

Yehaaa,,,
bertemu kembali kita semua..
Maaf semua..
Sem ni perghhhhh
sangat taf sperti taf bdn ku..
hahaha

Harini ada masa sdikit,jd izinkan sy memenuhi ruangan post blog anda..
Hmmm mcm biasala,,,,tiada yg lain melainkan kata2 ku ini..
hahah..harini my mood ada jiwang skit...
cewahh..

Dalam mencipta kenangan cinta, aku teringatkan titik permulaan aku mengenali diri mu. Beginilah cinta, mewarnai kehidupan kita semenjak kecil sehinggalah kita dewasa. Aku sering mengharapkan agar kau kekasih ku menoktahkan kebimbangan diri ini dalam percintaan. Mari kita buktikan pada dunia bahawa cinta kita ini suci dan abadi. Aku pegang erat janji mu, kita menuju gerbang cinta sejati. Jangan biarkan cinta ini karam di lautan sepi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada mereka yang menjadikan cinta kita sebagai bahan perjudian. Mereka semua tidak berhak menilai percintaan kita, kerana rasa kasih dan sayang yang kita kongsi bersama ini hanyalah kita yang mampu memahaminya.

Engkau umpama sekuntum mawar,  cantik menawan dengan haruman lalu datang sang kumbang menyapa, memberi kasih menitip sayang lalu bermulalah suatu episod cinta agung antara berdua.
Cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu. Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba. Jika kita ingin merasai kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga.
aku bukanla sempurna dimatamu....tetapi percaya la,,Suatu hari nanti aku pasti engkau akan tahu kenapa engkau mencintaiku dan suatu hari nanti aku pasti engkau akan menyesal kenapa engkau tinggalkan aku suatu ketika dahulu.
Hanya sebuah nukilan..

6.15 p.m
10/10/2014
Shahmil





Hak Cipta Terpelihara 2013

05 August 2014

Aku dan Diam

~ Assalamualaikum ~

Tanpa membuang masa,
sy perlu berdiam diri tanpa sepatah kata.
Mungkin lebih baik apa yg sy perlu sampaikan.

Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan.

Tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya.
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya.
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya.
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya.

Kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir.
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka.
DIAM kita mungkin disilap diterjemah.
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud.

Jesteru..

Jika kita merasakan DIAM itu terbaik.
Seharusnya kita DIAM.
Namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak.
Berkatalah sehingga mereka DIAM...



09.56 p.m
5/8/2014
shahmil










Hak Cipta Terpelihara 2013

02 August 2014

Aku dan Penantian

~ Assalamualaikum ~

Apa khabar semua.
Hope harini ok semuanya..
Kali ni sy nk post ttg apa plk..
Kali ni biasa2 je..
Pendek je entry sy kali ni...
hmmm

Kerinduan ini tak pernah hilang untukmu
di saat kau tak di sampingku
kau akan merasakan rindu yang ku kirim untukmu
saat itulah ada rasa rindu
rindu yang makin hari makin mendalam
bersatu dalam jiwaku
jiwa yang lama menanti saat bahagia
bahagia tuk hidup bersamamu.....



11.16 p.m
02.08.2014
Shahmil










Hak Cipta Terpelihara 2013

Aku dan Surat Kepada-Nya

~ Assalamualaikum ~

Apa khabar semua?
Hope semua ok.
Mintak maaf sebab lama xupdate entry.
Bulan puasa yg penuh dugaan utk tahun ni.
Diselang dgn bulan raya yg agak biasa pd tahun ni.

Harap awk semua sudi membaca entry ini.
AKU DAN SURAT KEPADA NYA.

Jika hari ini hari terakhir aku,
Aku ingin kata pada diri aku sendiri yang aku orang yang tabah. Aku telah menjalani segala liku-liku kehidupan aku yang manis dan juga yang pahit. Yang menjatuhkan aku, yang membuat aku merangkak kesedihan dan penuh hiba. Tetapi, aku mampu bangun. Aku ingin kata pada diri aku sendiri, meskipun perjalanan aku hanya takat di sini, aku telah mengharungi segalanya, walaupun terlalu perit untuk diperkatakan bagaimana. Pedih sendiri, rasa sendiri.

Aku ingin kata pada diri aku sendiri. Yang aku tahu, aku bukan baik orangnya. Aku bukan manusia yang sempurna, aku bukan manusia yang baik dalam hatinya, mungkin. Aku bukan manusia yang mampu menarik segala duka manusia lain. Aku bukan manusia yang baik sifatnya, dan aku bukan manusia yang bebas dari kesalahan. Aku belajar. Hari demi hari, aku belajar untuk hidup. Aku belajar untuk menjadi manusia yang berguna, dan didik diri aku menjadi yang terbaik.

Sy nak engkau tahu. Yang sy tak pernah henti mendoakan kamu. Sy sentiasa ingat kamu dalam doa-doa ku. Ini ketentuan takdir, sy redha dengan semua yang terjadi. Sy taktahu awak dimana sekarang, apa yang awk sedang lakukan. Tetapi apa yang sy mampu, hanyalah mendoakan kebahagiaan kamu. Walaupun kebahagiaan itu, bukan dengan sy. Bila awk gembira,sy akan gembira. Mungkin. Kegembiraan dan kebahagiaan kamu itu, kepentingan sy. Awak tahu ?

Aku mahu kawan perjuangan aku tahu, yang selama ini aku hanya berperwatakan sampingan. Sebanyak mana awk semua berdamping dengan sy semasa kamu dalam kesusahan, jika sy telah hilang dari pandangan tidak semestinya semuanya terus kabur dan hilang arah tujuan. Kamu tahu, kamu kuat. Kamu harus percaya, yang kamu kuat. Kamu kena percaya yang kamu kuat, sebab bila kamu percaya yang kamu kuat, kamu akan terus bangkit dengan kepercayaan kamu. Bangkitlah, bangunlah dari segala kejatuhan duniawi kamu. Dunia ini memang nampaknya tidak indah, lepas satu satu kau diuji. Tapi tidak mengapa, kamu harus berdiri. Kamu harus kembali berdiri.

                                                                   Jika hari ini hari terakhir aku,
Sy mahu awk simpan segala yang ada dalam blog 'Surat Kepada-Nya' ini. Mungkin ianya tidak seberapa. Tapi bila awk rindukan kata kata sy, dan dongeng dongeng impian sy,bukalah ini semua. Segalanya tercatat, yang tersurat dan juga tersirat. Setiap inci pesanaan ku, yang setiap ayat penaipan ku, penuh dengan maksud yang tersirat. Kerana setiapnya, terlakar dari hati ku. Hati aku, yang mahu aku lepaskan, luahkan. Tulisan aku, adalah tulisan yang aku cuba untuk menjadi jujur keseluruhannya. Biarpun dihentak, dikata lemah, masih ada lagi yang berdiri dengan aku. Aku takkan kata aku bangga dapat tolong orang, dapat faham orang. Itu terpulang pada diri masing masing. Hanya, mungkin aku bangga, untuk ada orang yang bangga akan kewujudan seorang aku.

Bagi yang masih belum mengenal diriku sebaik mungkin, aku pohon kemaafan. Bagi yang terasa aku manusia yang sombong, aku minta maaf. Bagi yang terasa aku ini menyakitkan, aku minta maaf. Bagi yang terasa aku tiada masa untuk kamu, aku minta maaf. Bagi yang terasa dengan kata kata dan gurauan aku, aku minta maaf. Bagi yang terasa dengan perbuatan aku, aku minta maaf. Bagi yang telah menyakiti aku, aku maafkan kamu semua. Sy anggap sebagai pengajaran duniawi untuk aku. Bagi yang maafkan segala salah silap sy mahupun besar ataupun kecil, terima kasih. Aku tahu, aku memang tak akan lepas dari melakukan kesilapan.

                                                                  Jika hari ini hari terkahir aku,
Halalkan makan minum aku sepanjang aku berada dengan kamu. Maafkan setiap kesalahan aku. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Jutaan terima kasih untuk kamu kerana sentiasa ada dengan aku dikala aku susah, dan dikala aku sakit merana menahan perit kesakitan yang aku telah terima sebagai penyakit hidup aku. Tetapi tidak mengapa, aku masih lagi berdiri di sini kan. Aku masih hidup. Mungkin. Tapi,jika inilah hari terakhir aku sebelum aku tidur selamanya, aku berterima kasih atas segala pengorbanan kamu. Bagi kesayangan kesayangan aku, berdiri lah kamu. Berbahagia lah kamu. Dengan ikhlas, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu. Dan aku berharap, kamu doakan kebahagiaan aku juga. Kerana selagi aku masih lagi berdiri di sini, aku tetap akan mencuba walaupun banyak yang menghentak aku. Aku kuat, kamu tahu kan ? Sebab apa ? Sebab aku percaya pada diri aku sendiri. Itu yang ayah aku ajar. That's why I keep fighting to live, that's why I never give up.


                                       .............JIKA HARINI HARI TERAKHIRKU...........





02/08/2014
1.00 A.M
Shahmil



























Hak Cipta Terpelihara 2013